Monday, August 16

Pagi Yang Indah

Alhamdulillah...

Syukur kehadrat Illahi yang masih lagi memberi aku peluang untuk merasai nikmat hidup di ats muka bumiNya ini...

Syukur kerana masih lagi memberi pinjaman nyawa untuk aku menjalani ibadah Ramadhan ini...

Inilah nikmat yang paling bereharga dikurniakan Allah kepada hamba-hambaNya...

Sesungguhnya pagi ini begitu indah bila dimulakan dengan mengingati kebesaran Allah S.W.T...

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk mendengar kuliah subuh oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Masjid Rahimah, Greenwood sesudah solat subuh berjemaah yang dipimpin beliau...

Setidak-tidaknya ia memberi peringatan kepada diri untuk terus mengingati nikmat dan kekuasaan Allah....setiap ungkapan yang diucapkan oleh Tok Guru begitu tenang dan amat bermakna..setiap patah perkataan yang membawa sang pendengar menginsafi hakikat kejadian diri dan nikmat yang berharga dikurniakan oleh Allah S.W.T....

Semoga Allah panjangkan usia dan memelihara Tok Guru untuk terus memimpin dan menyampaikan risalah Islam di Malaysia....Ameen.

Allahuakbar...








Sunday, August 8

Tetamu Yang Dinanti

Ramadhan....kunjungannya setiap tahun selalu dinanti..bulan yang dijanjikan Allah dengan penuh keberkatan dan kerahmatan...

Sekiranya kita sempat untuk bertemu dengan ramadhan yang akan kunjung tiba beberapa hari lagi, bersamalah kita manfaatkannya dengan penuh penghayatan dan ibadah kepada Allah...

Semasa menghadiri forum ramadhan di Masjid Almaniah, Batu Caves semalam...Ustaz Halim Din, salah seorang panel yang turut disertai oleh Dato' Ismail Kamus dan Ustaz Salehin Mukhyi ada menyatakan "adanya sebahagian manusia menyambut ramadhan bukan kerana syariat tetapi lebih kepada adat"..Kerana itulah mereka berpuasa tanpa mendapat penghayatan dan iktibar yang sebenar jauh sekali menjadikan ramadhan sebagai medan tarbiyah diri dari mengikut hawa nafsu....

Semoga ramadhan kali ini mampu mendidik kita menjadi lebih baik dari masa yang lalu..kerana belum tentu kita akan dapat bertemu dengan ramadhan yang akan datang...mungkin ini merupakan ramadhan yang terakhir dalam hidup kita sebelum kita pulang menghadap Allah..

Jadi sambutlah tetamu ini dengan penuh keimanan dan ketakawaan...semoga kita mendapat keberkatan dan kerahmatan yang dijanjikan Allah untuk kita.

Friday, August 6

Sejenak

Sudah lama rasanya tak berkarya di ruangan ini....beginilah lumrah manusia apabila disibukkan dengan sesuatu perkara akan melupakan sesuatu perkara yang lain.

Kadang-kadang situasi ini lah yang menyedarkan kita akan hakikat betapa bernilainya masa itu....kita tidak akan merasa bernilainya ia sehingga kita disibukkan dengan sesuatu...

Memang itulah hakikat kehidupan manusia...seperti juga merasa nikmat sihat apabila diuji dengan kesakitan....betapa indah tarbiah dari Pencipta untuk mendidik hambaNya...

Tatkala dalam perjalanan pulang ke rumah selepas solat isyak malam tadi, aku terhenti seketika di suatu persimpangan....melihat satu jenazah dibawa dengan van jenazah untuk disemadikan di tanah perkuburan islam sri gombak...

Walaupun jenazah itu tiada mempunyai pertalian denganku tetapi melihat orang ramai yang mengiringinya ke kubur telah mengingatkan aku akan hakikat kematian....

Benar...hari ini kita dikurniakan dengan nikmat kesihatan...tetapi belum tentu kita masih mampu untuk merasai nikmat ini pada hari esok...kerana kematian itu pasti akan datang menemui kita dan setiap manusia akan melaluinya...hanya bila dan di mana sahaja yang menjadi rahsia Allah...

Semoga kita semua mendapat kesudahan yang diredhai di sisiNya....Ameen.