Friday, March 12

Luasnya Neraka



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”

Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?”

Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”

Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”

Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab “PeringatanBagi Yg Lalai”)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiats edangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua’lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Thursday, March 11

Belanja Kahwin: Awat Mahal Sangat

Hanya sekadar gurauan sempena musim cuti sekolah minggu depan, jadi mungkin ada pasangan yang ingin melansungkan pertunangan, di sini di berikan beberapa tips dalam urusan menentukan belanja hantaran.

Ramai yang mempertikaikan belanja hantaran perkahwinan la ni semakin mahal/tinggi harganya, dan kalau nak murah senang saja, katil almari meja solek buat sendiri kekekekeke...

Kat sini cheq ada beberapa sebab/alasan kenapa zaman sekarang ni hantaran kahwin semakin mahal. Hah... hangpa bacalah:-

Sebab dan Alasan;

1. Anak pompuan sorang tu saja, kenalah buat secara besaran.

2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat, banyak dah belanja pelajaran dah di habiskan.

3. Anak pompuan paling jambu dalam family.

4. Anak pompuan kerja high post

5. Anak pompuan biasa pakai barang branded

6. Anak pompuan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan

7. Kakak belum kahwin, jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus

8. Anak pompuan yang rasa dirinya... lengkap segala-galanya

9. Bapak pompuan tauke kayu balak, mak pulak bekas eksekutif

10. Untuk membuktikan yang si lelaki mampu menyara anaknya yang high-maintainence
Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni depa dok mengumpat antara family lelaki saja)

1. Eh!!!! ni nak meniaga anak ke apa? Kadang tu mak bapak ok jer... si anak pulak lebih-lebih.

2. Kalau pandai masak ke jahit ke, satu hal jugak. Ni asyik pandai mekap je..

3. Camni bilang kat depa simpan anak tu dalam store buat perhiasan.

4. Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpa jugak. Ni hidung pesek macam kena lenyek je.

5. Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?

6. Lupakan sudah budak pompuan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones.

Kata2 dari sebelah pompuan yang lelaki ingin sangat nak dengar;

1. Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi, kita ambik je. Member tak cerewet.

2. Takpelah... Kalau tak boleh adakan sekarang, kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.
3. Jangan bimbang. Hangpa cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.

4. Pasal sekarang ni musim grand sale sana sini, jadi kita ada staff discount. Hangpa cuma kasi 10% je.

5. Berapa hangpa nak bagi, bagilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.

6. Apakata kalau hangpa ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin.

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya, jawapannya :-

1. Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler....
2. Ehh... sikit benar!!! Camni tak nak lah.... Tak sama standard dengan kita punya expectation.

3. Ni... hantaran kira Rupiah ke Sing dollars..? Kita cuma simpan American dollars je.
4. Kita tak biasa pakai cash laaa... Hangpa pilihlah nak AMEX ke... Diners ke... boleh kata semua kredit kad kami ada la...

5. Sebagai hadiah upacara masuk minang ni.. kami ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kami tengah parking kat bawah tu.

6. Ni... hangpa mintak hantaran ke... mintak duit nak belikan dia baju tiduq... Murahnya...?

Source:udanglipan.blogspot.com

Al-Fatihah.....

Al-fatihah untuk Syeikh Mohamed Sayed Tantawi yang telah kembali ke Rahmatullah lewat hari ini.



اللّهمّ اغفرله وارحمه

Ya Allah ampuni dia dan rahmati dia.

Telah hilang seorang lagi ulama
mungkinkan penggantinya akan lebih alim, wara' dan berkaliber?

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

Source:tranungkite.net

Saturday, March 6

15 Maksiat Yang Mengundang Bala


Dari Ali bin Abi Thalib r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara ini, maka bala pasti akan turun kepada mereka. Iaitu:

1...Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2...Apabila amanah itu dijadikan suatu sumber keuntungan.
3...Zakat dijadikan hutang.

4...Suami memperturutkan kehendak isteri.
5...Anak derhaka kepada ibunya.
6...Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7...Suka menjauh dirikan dari ayahnya.

8...Suara sudah ditinggikan dalam masjid.
9...Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10..Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11..Khamar (Arak) sudah diminum di merata tempat.
12..Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.

13..Para artis disanjung-sanjung.
14..Muzik banyak dimainkan.
15..Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) genarasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu, hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan dirobohkan menjadi makhluk lain".

Hadith Riwayat : Termizi

Kesemua 15 perkara yang disenaraikan di atas telah berlaku dalam masyarakat kita. Apakah kita masih leka diulit-ulit, sehinggakan kita lalai dengan AMARAN Rasulullah s.a.w. tentang kedatangan "Angin Merah". Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan berdoa supaya ia dijauhi daripada kita semua. Amin.


Source:tranungkite.net