Monday, August 16

Pagi Yang Indah

Alhamdulillah...

Syukur kehadrat Illahi yang masih lagi memberi aku peluang untuk merasai nikmat hidup di ats muka bumiNya ini...

Syukur kerana masih lagi memberi pinjaman nyawa untuk aku menjalani ibadah Ramadhan ini...

Inilah nikmat yang paling bereharga dikurniakan Allah kepada hamba-hambaNya...

Sesungguhnya pagi ini begitu indah bila dimulakan dengan mengingati kebesaran Allah S.W.T...

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk mendengar kuliah subuh oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Masjid Rahimah, Greenwood sesudah solat subuh berjemaah yang dipimpin beliau...

Setidak-tidaknya ia memberi peringatan kepada diri untuk terus mengingati nikmat dan kekuasaan Allah....setiap ungkapan yang diucapkan oleh Tok Guru begitu tenang dan amat bermakna..setiap patah perkataan yang membawa sang pendengar menginsafi hakikat kejadian diri dan nikmat yang berharga dikurniakan oleh Allah S.W.T....

Semoga Allah panjangkan usia dan memelihara Tok Guru untuk terus memimpin dan menyampaikan risalah Islam di Malaysia....Ameen.

Allahuakbar...








Sunday, August 8

Tetamu Yang Dinanti

Ramadhan....kunjungannya setiap tahun selalu dinanti..bulan yang dijanjikan Allah dengan penuh keberkatan dan kerahmatan...

Sekiranya kita sempat untuk bertemu dengan ramadhan yang akan kunjung tiba beberapa hari lagi, bersamalah kita manfaatkannya dengan penuh penghayatan dan ibadah kepada Allah...

Semasa menghadiri forum ramadhan di Masjid Almaniah, Batu Caves semalam...Ustaz Halim Din, salah seorang panel yang turut disertai oleh Dato' Ismail Kamus dan Ustaz Salehin Mukhyi ada menyatakan "adanya sebahagian manusia menyambut ramadhan bukan kerana syariat tetapi lebih kepada adat"..Kerana itulah mereka berpuasa tanpa mendapat penghayatan dan iktibar yang sebenar jauh sekali menjadikan ramadhan sebagai medan tarbiyah diri dari mengikut hawa nafsu....

Semoga ramadhan kali ini mampu mendidik kita menjadi lebih baik dari masa yang lalu..kerana belum tentu kita akan dapat bertemu dengan ramadhan yang akan datang...mungkin ini merupakan ramadhan yang terakhir dalam hidup kita sebelum kita pulang menghadap Allah..

Jadi sambutlah tetamu ini dengan penuh keimanan dan ketakawaan...semoga kita mendapat keberkatan dan kerahmatan yang dijanjikan Allah untuk kita.

Friday, August 6

Sejenak

Sudah lama rasanya tak berkarya di ruangan ini....beginilah lumrah manusia apabila disibukkan dengan sesuatu perkara akan melupakan sesuatu perkara yang lain.

Kadang-kadang situasi ini lah yang menyedarkan kita akan hakikat betapa bernilainya masa itu....kita tidak akan merasa bernilainya ia sehingga kita disibukkan dengan sesuatu...

Memang itulah hakikat kehidupan manusia...seperti juga merasa nikmat sihat apabila diuji dengan kesakitan....betapa indah tarbiah dari Pencipta untuk mendidik hambaNya...

Tatkala dalam perjalanan pulang ke rumah selepas solat isyak malam tadi, aku terhenti seketika di suatu persimpangan....melihat satu jenazah dibawa dengan van jenazah untuk disemadikan di tanah perkuburan islam sri gombak...

Walaupun jenazah itu tiada mempunyai pertalian denganku tetapi melihat orang ramai yang mengiringinya ke kubur telah mengingatkan aku akan hakikat kematian....

Benar...hari ini kita dikurniakan dengan nikmat kesihatan...tetapi belum tentu kita masih mampu untuk merasai nikmat ini pada hari esok...kerana kematian itu pasti akan datang menemui kita dan setiap manusia akan melaluinya...hanya bila dan di mana sahaja yang menjadi rahsia Allah...

Semoga kita semua mendapat kesudahan yang diredhai di sisiNya....Ameen.

Sunday, June 27

Ada Apa Selepas Mati...???


ADA APA SELEPAS MATI?Tazkirah Nabi s.a.w. di hari pengkebumian.
Seorang sahabat bernama al-Barra’ bin ‘Azib –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Suatu hari kamu keluar bersama Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- mengiringi jenazah seorang lelaki dari kalangan Ansar yang meninggal dunia. Ketika sampai di perkuburan dan jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad, baginda duduk dan kami pun turut duduk di sekitar beliau.

Di tangan baginda ada sebatang kayu. Baginda menggaris tanah dengan kayu itu, kemudian mengangkat kepalanya sambil berkata; “Hendaklah kamu sekelian memohon perlindungan Allah dari azab kubur”. Baginda mengulanginya dua atau tiga kali. Seterusnya baginda berucap;

“Sesungguhnya seorang hamba yang beriman ketika hendak berpisah dengan dunia dan menuju akhirat (yakni ketika ia hampir mati), akan turun kepadanya malaikat-malaikat dari langit, yang putih wajah mereka seumpama matahari, bersama mereka kain kapan dan bau-bauan (حنوط) dari syurga. Mereka duduk darinya sejauh mata memandang. Kemudian datang malaikat maut dan duduk di hujung kepalanya dan berkata kepadanya;

‘Wahai ruh yang baik! Keluarlah menuju kepada keampunan dari Allah dan keredhaanNya’. Maka keluarlah ruh itu di mana ia mengalir (keluar) umpama mengalirnya titisan air dari corong bekas air (yang dinamai as-Saqa’ dalam bahasa Arab).

Kemudian malaikat maut mengambil ruh itu dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan bersama-sama bau-bauan (yang di bawa oleh malaikat-malaikat tadi) dan terbitlah darinya bau yang amat harum umpama bau kasturi yang paling harum di atas muka bumi ini’. Setelah itu malaikat-malaikat tadi membawa ruh yang harum itu naik ke langit. Maka setiap kali berjumpa dengan sekumpulan malaikat, mereka akan bertanya; “Bau apakah yang amat harum ini?”.

Malaikat-malaikat yang membawa ruh itu menjawab; “Ruh si fulan bin fulan”. Mereka menyebutnya dengan nama yang paling baik yang diberikan kepadanya di atas muka dunia. Apabila sampai di langit, para malaikat yang membawanya itu meminta supaya dibukakan pintu langit, lalu dibukakan.

Di setiap langit, ruh mukmin itu diiringi oleh malaikat penjaga langit untuk naik ke langit berikutnya hinggalah ia sampai langit ke tujuh. Maka datanglah firman Tuhan kepadanya;

“Tulislah hambaku di dalam ‘illiyyin (tempat orang-orang mulia di dalam syurga) dan bawalah ia kembali ke bumi kepada tubuhnya kerana sesungguhnya darinya (yakni dari bumi/tanah) aku menjadikan mereka (yakni manusia), kepadanyalah aku akan kembalikan mereka dan darinya juga aku akan mengeluarkan mereka sekali lagi (yakni apabila berlakunya kiamat)”. Maka dikembalikanlah ruh itu kepada tubuhnya.

Kemudian datang dua orang malaikat kepadanya dan mendudukkannya (yakni menjadikannya duduk). Kemudian mereka bertanya kepadanya; ‘Siapa Tuhan kamu?’. Ia akan menjawab; ‘Tuhanku adalah Allah’. Mereka bertanya lagi kepadanya; “Apa agama kamu?”. Ia menjawab; “Agamaku adalah Islam”. Mereka bertanya lagi; “Siapa lelaki ini yang diutuskan kepada kamu sekelian (yakni Muhammad)?”. Ia menjawab; “Dia adalah Rasul Allah”. Mereka bertanya lagi; “Apakah ilmu kamu?”.

Ia menjawab; “Aku membaca kitab Allah, lalu aku beriman dan membenarkannya”.
Lalu seorang penyeru berseru dari langit; “Benarlah apa yang dikatakannya itu. Hamparilah ia dengan hamparan dari syurga, pakaikanlah ia dengan pakaian dari syurga dan bukakanlah untuknya satu pintu ke syurga”.

Maka sampailah kepadanya bauan dan haruman dari syurga dan dilapangkan untuknya kuburnya seluas mata memandang. Kemudian datang seorang lelaki yang elok rupanya, cantik pakaiannya dan harum baunya. Lelaki itu berkata kepadanya; “Bergembiralah dengan suasana yang menyeronokkan kamu ini. Hari ini adalah hari yang telah dijanjikan untukmu”. Ia bertanya; “Siapakah kamu?. Kamu datang dengan wajah yang membawa kebaikan”. Lelaki itu menjawab; “Akulah amal soleh kamu”. Ia (yakni si mati yang beriman itu) lalu berkata; “Wahai Tuhanku! dirikanlah kiamat, dirikanlah kiamat, supaya aku mendapat kembali keluargaku dan hartaku”.

Adapun seorang hamba yang kafir dan jahat pula, pada ketika hendak berpisah dengan dunia dan menuju akhirat (yakni ketika hampir mati), turun kepadanya malaikat-malaikat berwajah hitam membawa bersama mereka kain kapan yang buruk. Mereka duduk mengelilinginya sejauh mata memandang. Kemudian datang malaikat maut dan duduk di hujung kepalanya dan berkata: ‘Wahai ruh yang kotor, keluarlah kepada kemurkaan dari Allah dan kemarahanNya. Maka bertempiaranlah ruh pada jasadnya (seolah-olah hendak melarikan diri).

Lalu malaikat maut mencabut ruh itu (tanpa belas kasihan) seperti mencabut besi pemanggang daging dari kain bulu yang basah. Kemudian malaikat maut mengambil ruh itu dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan buruk tadi dan terbit dari ruh itu satu bau yang amat busuk seperti bau bangkai yang paling busuk di atas muka bumi ini. Kemudian malaikat-malaikat yang berwajah hitam tadi akan membawa ruh yang berbau busuk itu naik ke langit. Maka setiap kali berjumpa dengan sekumpulan malaikat, mereka akan bertanya; “Ruh siapakah yang busuk ini?”. Jawab para malaikat yang membawa ruh itu; “Ruh si fulan bin si fulan”, di mana mereka menyebutnya dengan nama yang paling buruk orang menamakannya di atas muka dunia dulu.

Apabila sampai ke langit dunia, para malaikat yang membawa ruh itu memohon dibukakan pintu langit, namun tidak dibuka. Lalu Rasulullah s.a.w. membaca firman Allah (bermaksud):

“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang angkuh dari mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit, dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk ke lubang jarum. Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka). Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keengkarannya)”. (Surah al-A’raf, ayat 40)

Rasulullah bercerita lagi; “Kemudian Allah berkata (menyampaikan perintahNya berkenaan ruh itu); “Tulislah ia di dalam Sijjin (yakni penjara) di dalam bumi yang paling bawah”. Maka dilemparkanlah ruhnya itu dengan satu lemparan. Rasulullah lalu membaca firman Allah (bermaksud):

“Dan sesiapa yang mensyirikkan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan)”. (Surah al-Hajj, ayat 31)

Kemudian ruh itu dikembalikan kepada jasadnya di bumi. Setelah itu datang kepadanya dua malaikat. Mereka bertanya kepadanya; “Siapa Tuhan kamu?”. Ia menjawab; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi; “Apa agama kamu?”. Ia menjawab; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi; “Siapakah lelaki ini yang diutuskan kepada kamu sekelian (yakni Muhammad)?”. Ia menjawab sama seperti tadi; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”.

Lalu seorang penyeru berseru dari langit; “Hambaku telah berdusta. Hamparilah ia dengan hamparan dari neraka dan bukakan untuknya satu pintu ke neraka. Maka sampailah kepadanya bahang panas dari api neraka dan disempitkan baginya kuburnya hingga bersilang-silanglah tulang-tulang rusuknya. Kemudian datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh mukanya, buruk pakaiannya dan busuk baunya. Lelaki itu berkata kepadanya;

“Bergembiralah dengan suasana yang mendukacitakan kamu ini. Hari ini adalah hari yang dijanjikan buatmu”. Ia bertanya; “Siapa kamu? Kamu datang dengan wajah yang membawa kejahatan”. Lelaki itu menjawab; “Aku adalah amalan kamu yang keji”.
Akhirnya ia pun berkata; “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau dirikan kiamat”.

Akhirnya ia pun berkata; “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau dirikan kiamat”.

(Riwayat Imam Ahmad. Menurut Imam al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid; para perawi hadis ini adalah soheh (Majma’ az-Zawaid, 3/49). Menurut menurut Syeikh al-Albani; hadis ini soheh (Misykat al-Masabih, hadis no. 1630))

Sumber:tranungkite.net

Wednesday, May 19

Peringatan Dari Seekor Anjing



Kisah ini merupakan kisah yg benar-benar terjadi berdasarkan emel yang dihantar kepadaku....aku postkan agar kita mendapat sesuatu dari cerita ini...

Selamat membaca...!

"Assalamualaikum...."

Rasa nak menaip pulak malam ini tp kali ni ambe nak guna loghat Terengganu.

Bi-na-tang !!! Kebiasean org bile sebut 'binatang' dgn nada yg keras ni, org ni dlm keadaan maroh yg amat ni. Bila nafsu maroh menguasai diri, dokleh wat nape doh kecuali sabar yg mnjadi penghalang, dokpun suruh org lain gi pegang org hok tengoh maroh tu, gosok-gosok dada die. Bakpe dok gune perkataan 'haiwan' ? Ambe pun dok tau. Hihihi.. Dlm kehidupan ambe seharian, binatang dok pisoh dgn ambe. Kalu ambe dok makan daging, mungkin ambe tgk binatang je, kalu ambe dok tgk binatang mungkin ambe dengor suare die je, kalu takdok 3-3 tu, mungkin tgk ukiran patung-patung hok ade noneng dlm kete tu. Dlm kete ambe, ambe dok bubuh la anok patung nie, takut malaikat dok masuk dlm kete ambe. Hehehe.. Se lagi, habis-habis huduh pun, buka ASTRO tgk rancangan Animals tu. Macam-macam rupa haiwan ade dlm rancangan tu.

Ade setengoh-setengoh org wohi cakap dgn kucing sbb org tu ade perasaan sayang terhadap kucing. Ambe sendiri pun pernoh jugok ckp dgn kucing ambe. Tahu doh kucing tu dok faham, tapi ye mari rase nok cakap ngan kucing. Hoh.. loh agi la guane pun. Hehehe... Tapi ambe amat yakin,
binatang pun dengor menape hok kite kabo ke die tu, cume mungkin mereka tu dok faham bahase hok kite gune utk cakap dgn die. Ajin dok, mu angkat tangan gerepok kucing tu ? Oloh.. mcm ge mu nok katok die lah tapi dok katok pun. Acoh-acoh je. Acu tgk kucing tu guane, takut jugok. Kalu dok takot dokkan ye ngerip sapa rapat pejam mate. Nah.. situ pun kite napok doh, kucing ni reti base, menape hok kite tra buat ke ye. Kalu nok suruh binatang ni faham, kite kenalah ckp gune bahase die tapi sape gok hok faham bahase die ? Bahase binatang tu ? Ade ke ? Kalu faham pun mungkin dari segi pergerakan tubuh haiwan tu sendiri. Kalu zaman nabi dulu ade la. Zaman dulu binatang pun buleh ckp mcm manusia nie, kalu lening binatang buleh ckp jugok, ambe rase huru-hara negara. Serabut ngan die je. Be kalu nok semelih ayam sekor pun, ambe rase payoh. Sebab tu lah, kalu mu tgk citer katun, binatang buleh cakap, pokok buleh cakap, benda tu seme berlaku doh sebelum nie. Doksoh heranglah....

Ok..Nape hok ambe nok citer ni adalah kisah yg tercatat dlm diari peribadi ambe sepanjang perjalanan ambe dr Terengganu ke Putrajaya / dr Putrajaya ke Terengganu. Kalu eksiden tu, osoh royaklah, kerete muroh ke, kerete mahal ke, kalu nok eksiden, eksiden jugok. Sbb ape ? Sbb MALANG TIDAK BERBAU. Binatang yg ambe nak jadikan model dlm perjalanan ambe ini adalah ANJING. Memang kalu ikutkan mazhab kite di Malaysia nie, kite dokleh sentuh anjing, sbb haram. Tp dok saloh kalu kita nok pikir tentang kewujudannya atas muka bumi ini, die pun makhluk ciptaan Allah atas dunia ini. Bukankah nape hok Allah cipta atas dunia nie semuanye ade manfaat pade manusia, cume kite nok kena pikir lebih sikit je dgn menggunekan akal yg telah dianugerahkan olehNya pd kite. Ke guane ?

[
Sebagaimana telah disebutkan dalam hadits shahih yang diriwayatkan Imam Bukhari sebagai berikut:

عَنْ سَالمِ ٍعَنْ أَبِيْهِ قَالَ وَعَدَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جِبْرِيْلَ فَرَاثَ عَلَبْهِ حَتَّى اشْتَدَّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَقِيَهُ فَشَكَا إِلَيْهِ مَا وَجَدَ فَقَالَ لَهُ إِنَّا لاَ نَدْخُلُ بَيْتًا فِيْهِ صُوْرَةٌ وَلاَ كَلْبٌ ( رواه البخاري)

Artinya:
"Dari sahabat Salim, dari ayahnya, ia berkata : Suatu ketika Malaikat jibril berjanji akan datang ke rumah Rasulullah SAW. Akan tetapi pada waktu yang telah dijanjikan Malaikat jibril tidak datang ke rumah Rasul hingga beliau gelisah. Maka beliau keluar rumah, ternyata Malaikat jibril ada di luar rumah. Sesudah bertemu, beliau bertanya 'kenapa Malaikat jibril tidak masuk ke dalam rumah?' Maka Malaikat jibril menjawab;'
Sesungguhnya kami tidak masuk ke rumah yang di dalamnya terdapat anjing atau gambar (patung)” ]

[ Sebagaimana telah disabdakan Rasulullah SAW dalam hadits shahih yang diriwayatkan Imam Muslim sebagai berikut:


وَفِي رِوَايَةٍ أَبِي هُرَيْرَةَ مَنِ اقْتَنَى كَلْبًا لَيْسَ بِكَلْبِ صَيْدٍ وَلاَ مَاشِيَةٍ وَلاَ أَرْضٍ فَإِنَّهُ يُنْقَصُ مِنْ أَجْرِهِ قِيْرَطَانِ كُلَّ يَوْمٍ ( رواه مسلم)

Artinya:
"Dalam riwayat sahabat Abu Hurairah RA, Rasulullah SA W. bersabda; "
Barangsiapa memelihara anjing selain untuk berburu atau memelihara binatang, maka setiap hari pahalanya berkurang dua gunung". (Riyadlus Sholihin, halaman 568). ]

Itu antara hadis berkenaan dgn anjing yg dipetik dari Forum Paramedik. Ape yg ambe fikir 2 3 hari yg lepas adalah mengenai bahase tubuh anjing, yg setakat nie 4 kali doh ambe selamat dr kecelekaan, ketika ambe sedang memandu Bahase tubuh anjing tu hanyalah utk dijadikan sebab, padahal hakikatnya Allah yg menyelematkan ambe tetapi mungkin melalui perantaraan makhluk ciptaanNya iaitu melalui anjing ini lah. Ambe pulok, kalu nak jalan jauh, ambe lebih suke brgerak pd waktu malam. Memandu laju terutamanye kawasan yg lengang, sunyi & gelap. Hehehe... Itu kalu ambe memandu sendirianlah tapi kalu ade org lain dlm kete ambe, ambe pandu slow-slow je. Ambe takmbohlah, krane ambe, org lain buleh nyakit free (eksidenlah tu). Biarlah laju ke, slow ke, yg penting selamat & dok kene saman. Ok, ambe nok kabo pasal anjing hok ambe rase diri ambe ni ditolong oleh anjing-anjing tersebut.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRnibUQTi0rQH2wtQDQQKUX5J5GE8ry_54hsmCgPiuo6WrqnU7BGy-f_Wr9NP5wanNBwSX796L2YpohLsIRB_TbsuSfk-uTtGswY-VqUVKUU__p_i69EL92mK978DGvVF443gWlvua49gV/s400/putih.jpg
i) Message dr Anjing Putih :

Kalau ambe balik ke kampung, ambe suke lalu ikut Jalan Jerangau-Jabor. Org kate, jalan ni ade pelbagai kisah seram. Ambe peduli ape, bukannye ambe ganggu yg seram-seram tu, ambe cume nak balik ke kampung je. Jadi, malam tu sekitar jam 2.30 pagi ambe lalu jalan ni. Kiri kanan ambe pokok kelape sawit. Memang gelaplah. Agak laju jugaklah ambe pecut. Ambe bimbang jugok, dlm ambe laju tu, manalah tahu kot-kot ade kerbau ke, lembu ke melepak atas jalan tar tu. Lembu oklah lagi, kalau kerbau tu dgn lumpur kat badannya, suluh ngan lampu kete pun, warna kerbau ngan cahaye lampu tu lebih kurang je, mujur mate kerbau tu memantulkan cahaya merah. Hok lagu nilah, buleh tgk keesokan paginye, kerbau nie buat show atas jalanraya, last-last 4-4 kuku kaki tunjuk ke langit. Foouuuhh!!


Baru je ambe nok drop gear nak amik selekoh(biaselah kalu jalan lengang gak, wat lah aksi sikit-sikit...hahaha), tiba-tiba sekor anjing putih menyeberang jalan dari arah kanan ke kiri. Punyelah slow die menyeberang, sambil tgk tgk ke arah keteku. Dlm hati ambe,"aik pelik anjing nie menyeberang jalan ni". Ambe terfikir kejap pesal ape anjing tu pandang ambe macam nok kabo mende je. Ambe bertanye pd diri ambe sendiri. Ambe slowkan kete ambe sbb 'sensor' hati mengesan sesuatu. "Hoh !!! Tu tah !!! Bakpelah mu pakat duk atas jalan nie. Nasib baiklah aku slow, encek embu weehh !!!!". "Ya Allah.. MakhlukMu (anjing putih) tlh menolong ambe". Kiri kanan jalan penuh ngan lembu. Kalaulah ambe dok slow kete tadi, sohih doh kete ambe cium buntut lembu tu. Mane sempat doh ambe nok ngelok, lepas je selekoh terus napok lembu melepak atas jalan tu. Foouuhhh!!!... Satu keluhan kulepaskan, kusenyum & berkate 'Terime Kasih Anjing Putih'. Ambe teruskan perjalanan dgn satu pertanyaan 'Anjing putih dari manakah itu ?'

ii) Message dr Anjing Putih :

Kejadian ini juge berlaku pd jalan yg same tp berlainan hari. Mase ambe pandu laju tu, ambe ternapok lagi kelibat anjing putih disebeloh kanan jalan. Ambe dok sohih samade adakah anjing putih hok same atau dok tp ambe teringat kejadian sebelum ni. Hok ni lain sikit, anjing putih tu dok melintas jalan, tapi die tgk ke arah kete ambe & pahtu, terus ye pusing belakang, napoklah punggung anjing tu & berjalan ke arah slow-slow (dog walk) menuju arah depan. Ambe nape lagi, slow lalu kete, manalah tahu kot-kot ade lagi lembu macam hok sebelum ini. Jalan hok ambe lalu tu jalan lurus & amat bergayalah kalu ambe nok potong kete depan tapi ambe sabar dsbbkan kelakuan anjing putih tadi. Lebih kurang 200 meter depan ambe, ambe lihat ade sebuah lori treler terbalik, ekor lori treler itu tutup laluan sebelah kanan, pala lori pulak sumbat dlm pokok semok bahu jalan. Dohlah gelap katup, dok napok apepun dari jauh. Ya Allah.. Sekali lagi anjing putih itu menyelamatkan ambe. Mane doknya, kalaulah ambe potong kete depan ambe tadi, sohih doh, ekor lori tu langgor di ambe. Foouuuhhhh... !!! Anjing anjing....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKcp8JKda78rk5OZJL8bR8ROyvUf33wtoqj2ii77NDjAyQ5m8YODdOB9GZyjvTCWHUKRGOc8RFoYu7GNivcyV5LWKmRxbA4tLN2k9GRnO4RufJHG1f_8SCiu7sdu5NltzWpLsIEMX5vPQA/s400/lori+treler+terbalik.jpgiii) Message dr Anjing Hitam Bertompok Kuning :

Hok ni pulok berlaku mase ambe ale balik ke Putrajaya dari Terengganu & ianya berlaku kat Lebuhraya Cheras MRRII. Dlm pukul 2.30 pagi, jalan lengang, nape lagi, ambe pecutlah. Tiba di satu selekoh, ambe tersentak kejap, nasib baik sempat pijak pedal brek. Sekor anjing hitam bertompok kuning nok melintas jalan kat selekoh tu tapi dok melintas pulok bila aku slowkan kete. Ye buleh pusing, pahtu duduk cokoh atas divider kat selekoh tu. Ambe suke sorang tgk gelagat anjing nie. Dlm tngoh suke ambe teringat, ke ade nape nape depan nun. Ambe pun slow lalu kete. Ambe bowok slow je. Ambe tersenyum bile melihat polis trafik buat road block (perangkap had laju). Kalu ambe laju tadi, kalu ambe dok tekan brek dek kerana anjing hitam tadi, ambe wase ambe pah tepi doh tunggu nok bagi lesen memandu je. Ya.. Allah, Alhamdullillah Ya Allah. Tapi apapun setiap kejadian yg berlaku itu adalah Qada & Qadar yg telah ditentukan olehNya. Kite cume perlu YAKIN sahaje.

vi) Message dr Anjing Hitam Bertompok Kuning :

Kejadian ni baru saje berlaku ketika ambe dlm perjalanan pulang ke kampung utk menyambut Hari Raya Haji iaitu mlm Jumaat yg lepas. Tapi kali ini ambe dok lalu ikut biase, ambe lalu ikut Jalan Kemaman sbb Jalan Jerangau-Jabor rosok teruk akibat diserang banjir. Ambe memandu seperti biasa dgn kelajuan yg ambe gemari. Setibanye di satu selekoh, ambe ternampak anjing hitam berhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjg1uypVavc_TO_IRVaHC1L7s-UeRkX7ZsiW8qMCajkSgpbzQ8qVwb7-JewWyg59K06FGTDpTkflU73Dby010AnkLvknmVCLInnT2hDs0wcFpgL1GW9FZgQZUteEQ4LSpHTj0wrSfzJ5jij/s400/WMN_766_th.jpgtompok kuning melintas jalan dari kanan ke kiri dgn lintasan tergesa-gesa. Biase anjing dok gini kalu ye nok nitah jalan. Mulelah ambe fikir, nape pulok lepas nie anjing nie nok kabo ke ambe nie. Road block ke ? Lembu ke ? Belum sempat nape-nape eh, GEDEGANG !!! Tayar kete ambe terjah lubang, sempat gaklah ngelok cume tayar sebelah kiri tak sempat tp dakperlah slow je. Ya Allah.. Mengapa anjing-anjing ini tolong ambe ? Kalau ambe dok slowkan kete tadi, ambe rase sport rim kete ambe buleh tohok laut doh wat tukun ikan. Dohlah lubang tu luas, dlm pulak tu.. huuuuhhh.... Rupenye, anjing tadi cuba nok kabo ke ambe, ade lubang besar depan, slow gok sikit. Gitulah lebih kurang kalu ye buleh cakap gak. Patutlah anjing tu tergesa-gesa melintas jalan tadi. Nok suruh jugok ambe slow. Hati kecil ambe mengucapkan terima kasih kpd anjing tadi.

Yaa... begitulah kisah ambe dgn kelakuan anjing yg ambe lihat & yg ambe alami sendiri. Ambe pun dok tahu nape kaitannya ambe dgn anjing ini tapi seingat ambe, selepas ambe menyelam semula ke dasar kenangan perjalanan ambe, ambe pernahlah menghulurkan beberapa ketul daging ayam kpd seekor anjing kuning yg cedera dilanggar kereta. Kasihan ambe melihatnya, anjing itu dok buleh nok gerok pun. Kakinya patoh barangkali. Itulah yang mampu ambe buat untuk menolongnya, nak dipegang anjing itu mane buleh, kena samok pulok kekgi.

Mungkinkah ini balasan anjing kpd ambe ? Ambe sendiri pun dok tahu & dok pasti. Apa hok penting bagi ambe adalah, ambe akan hulurkan bantuan pd yg memerlukan, tidak kiralah samada ianya manusia @ binatang. Org tua pun pernah berpesan pd ambe, kalau boleh elakkan dr sengaja melanggar binatang di atas jalanraya samada ianya burung ke, kupu-kupu ke, katak ke, ular ke, kura-kura ke dan sebagainya. Kalau boleh elak, elak dulu, kalau tak boleh nak buat macamana. Sape suruh dia melintas masa kenderaan lalu.. Hahaha...

Sedikit sahaja pertolongan tapi dibalas dgn keselamatan ke atas diri ambe & se lagi, elakkan dari memaki hamun binatang walaupun dia sememangnya binatang. Satu tika dulu, binatang pun boleh berkata-kata jugok. Kita maki hamun dia, mane tahu dia maki hamun kita balik ? Siapa tahu ? Hanya Allah yg Maha Mengetahui akan rahsia makhluk ciptaanNya. Jadi beringatlah..

Kisah ambe ini adalah sebagai peringatan kpd diri ambe sendiri & juga kpd hati yg membaca. Pendekatan yg ambe ambil utk diri ambe dr kejadian ini adalah TUHAN TELAH MENYELAMATKAN AMBE DARI BAUAN KECELAKAN SEMASA AMBE DALAM PERJALANAN TETAPI IANYA MELALUI PERANTARAAN BINATANG CIPTAAN-NYA UNTUK MENYAMPAIKAN PERINGATAN ITU KEPADA AMBE.

Ingatlah, Allah Pencipta Alam, Segala Yg Ada Di Langit Dan Di Bumi adalah milikNya dan segala percakapan kita samada secara sebutan lafaz di bibir atau dari dalam hati, tetap didengari olehNya. Pernyataan ini ada pada ayat pertama Surah Al-Fatihah.

Maaf kupinta andai nukilan ini membuatkan anda mengucapi sesuatu kepada aku tetapi inilah kisah yang kualami sendiri. Apa yang aku cuba sampaikan adalah BERKENAAN KEHEBATAN MAKHLUK CIPTAAN ALLAH MELALUI GAYA KELAKUANNYA YANG TERSIRAT... @ tanpa wujudnya artikel ini, sudah pasti Aku telah tidak memikirkan tentang kejadian ini dan sudah pasti aku berhenti berfikir dgn mengatakan semua ini berlaku adalah secara KEBETULAN.

Sunday, May 16

3 Yang Menghancurkan Manusia


Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata;Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara: 1) Sifat takabbur. 2) Sifat Tamak. 3) Sifat dengki. Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.( KitabAllimu auladakum hubba aalibaiti al nabi. ms 30 )



Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin AliradhiaLlahu anhumadan menempatkan kita bersamanya dan para sahabatradhiaLlahu anhumdi syurgaNya.

Inilah 3 sifat buruk yang disebut di dalam al Quran sebagai punca awal maksiat sang makhluk kepada tuhannya. Sebelumnya tiada satupun makhluk kecuali tunduk dan patuh kepada tuhan sang pencipta yang maha agung.

Ia bermula dengan sifat angkuh dan sombong Iblis yang enggan sujud kepada Adam alaihissalam. Di situlah bermula keengkaran dan kekufuran,lalu iblis dilaknat Allah.

Kemudian datuk kita terlalai oleh pujukan dan tipudaya iblis daripada mengingati pesanan tuhannya untuk tidak mendekati pokok sambung nyawa di syurga itu. Nabi Adam didorong oleh ketamakan untuk kekal hidup tanpa mati di syurga menikmati anugerah Allah. Adam memakan daripada pokok itu, lalu baginda dihukum dengan dikeluarkan daripada syurga disebalik taubatnya yang diterima Allah.

Kemudian Allah menceritakan jenayah pertama di muka bumi yang dilakukan oleh Qabil yang telah sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri, Habil kerana sifat dengki yang meluat luat sehingga membutakannya daripada mendengar nasihat yang benar daripada saudaranya itu.

Sayyidina Hasan telah mengingatkan kita bahawa ketiga – tiga sifat buruk inilah yang akhirnya terus membunuh dan menghancurkan manusia selepas daripada itu. Manusia gagal mengambil iktibar daripada cerita cerita awal kejadian manusia itu, gagal mengesan keburukan sifat sifat tersebut di dalam tubuh mereka dan gagal menghindari dan mengubatinya.

Sifat takabbur adalah lawan sifat tawadhu. Ia bermaksud membesar diri dan membangga banggakan keadaan dirinya, seterusnya memandang leceh dan rendah terhadap orang lain. Inilah sifat paling buruk kerana daripadanyalah akan lahir dan bercabangan sifat sifat buruk yang lain. Ini kerana sifat itu hanya layak untuk Allah dan menjadi milikNya semata mata.

Sifat takabbur mudah dikesan kerana wujud tanda – tanda yang zahir, antaranya; suka menunjuk diri di khalayak ramai, menonjolkan kelebihannya di hadapan mereka, suka mengetuai majlis keramaian dan berlagak semasa berjalan, tidak suka kata – katanya ditolak sekalipun salah bahkan enggan menerima teguran dan memandang rendah terhadap orang yang lemah dan miskin.

Selain itu, antara tanda tanda takabbur lagi adalah suka menyucikan diri sendiri dan memuji mujinya, berbangga dengan keturunannya dan menunjuk nunjuk dengan kekayaannya, ilmunya, ibadahnya, kecantikannya, kekuatannya, penyokong dan pembantunya yang ramai dan lain lain lagi.

Sifat tamak pula adalah keinginan melampau untuk menikmati harta dan kedudukan. Tamak terhadap harta ada 2 peringkat;

Pertama, terlalu inginkan harta dan bersungguh sungguh menperolehinyamelalui jalannya yang harus dan dibenarkan.Ini tetap tercela kerana betapa banyak masanya dihabiskan untuk memburu harta sedangkan masa itu adalah emas yang lebih bernilai daripada harta. Masanya itu sepatutnya dihabiskan untuk memburu taqwa dan taat kepada Allah berbanding harta yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya.

Kedua, ketamakan terhadap harta sehingga mendorongnya melampaui hadyang dibenarkan syara . Ia memasuki jalan jalan haram tanpa lagi menghiraukan kemurkaan Allah. Inilah penyakit asy syuhh( terlalu bakhil ) yang diingatkan Allah di dalam al Quran agar dijauhi.

Sabda Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam:Berhati hatilah kamu daripada sifat asy syuhh. Sesungguhnya asy syuhh itu telah menghancurkan orang sebelum kamu. Ia menyuruh kepada putus hubungan, lalu mereka memutuskannya. Ia menyuruh kepada kebakhilan, lalu mereka menjadi bakhil. Ia menyuruh kepada kejahatan, lalu mereka melakukan kejahatan. ( Riwayat Abi Daud. Albani mensahihkannya.)

Adapun tamak kepada kedudukan, maka ia adalah lebih buruk daripada tamak kepada harta. Ia terbahagi kepada 2 bahagian;

Pertama, tamak kepada kedudukan melalui kuasa dan harta.Ini cukup bahaya kerana ia akan menghalang daripada kebaikan akhirat dan kemuliaannya. Orang yang menggilai kekuasaan tidak akan dibantu dan diberi petunjuk oleh Allah kecuali mereka yang menerimanya tanpa meminta.

Kedua, tamak kepada kedudukan melalui perkara perkara ugama seperti ilmu, amal, kezuhudan dan sebagainya. Inilah seburuk buruk ketamakan. Agama adalah untuk memburu dan mengejar ridha Allah dan kedudukan di sisiNya, tetapi mereka ini telah menyalah gunakannya untuk keduniaan.

Manakala sifat dengki pula, maka ia adalah lawan sifat suka dan mengimpikan kebaikan untuk orang lain. Dengki menjadikan tuannya terlalu mengimpikan sesuatu nikmat itu hilang daripada orang lain. Ia adalah penyakit yang buruk, hina dan menghancurkan segala kebaikan. Allah menyuruh nabiNya berdoa agar dijauhi daripada kejahatan mereka yang berdengki. ( Surah al alaq; 5)

Hasad dengki terjadi akibat beberapa perkara; permusuhan, kebencian, ujub, cintakan kedudukan, busuk hati dan lain lain penyakit hati. Ia terlalu buruk dan menakutkan kerana ia boleh saja berlaku di kalangan sendiri, kawan kawan, para ulama dan peniaga dan keluarga.

Itulah gambaran ringkas keburukan 3 penyakit utama yang menghancurkan manusia sebagaimana digambarkan oleh Sayyidina Hasan bin AliradhiaLlahuanhu.

Semoga Allah memudahkan kita untuk menjauhi diri daripada berakhlak dengan akhlak – akhlak yang buruk dan terhina. Bersamalah menghias diri dengan sifat – sifat ugama yang mulia.

Sumber:nikabduh.wordpress.com

Tuesday, April 6

Tanda-Tanda Akhir Zaman

ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG
JAHAT BERTAMBAH BANYAK

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan
berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu
bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi
panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang
baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani
melawan orang-orang baik". (Riwayat Thabrani)

Huraian hadis:
Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
1) Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
2) Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
3) Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
4) Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
5) Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
6) Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan
terhadap mereka.

Sentiasalah kita bermuhasabah mudah2 kita dipelihara oleh Allah.

Dipetik dari buku "40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman" oleh Abu Ali al-Banjari an-Nadwi.

Friday, March 12

Luasnya Neraka



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”

Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?”

Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”

Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”

Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab “PeringatanBagi Yg Lalai”)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiats edangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua’lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Thursday, March 11

Belanja Kahwin: Awat Mahal Sangat

Hanya sekadar gurauan sempena musim cuti sekolah minggu depan, jadi mungkin ada pasangan yang ingin melansungkan pertunangan, di sini di berikan beberapa tips dalam urusan menentukan belanja hantaran.

Ramai yang mempertikaikan belanja hantaran perkahwinan la ni semakin mahal/tinggi harganya, dan kalau nak murah senang saja, katil almari meja solek buat sendiri kekekekeke...

Kat sini cheq ada beberapa sebab/alasan kenapa zaman sekarang ni hantaran kahwin semakin mahal. Hah... hangpa bacalah:-

Sebab dan Alasan;

1. Anak pompuan sorang tu saja, kenalah buat secara besaran.

2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat, banyak dah belanja pelajaran dah di habiskan.

3. Anak pompuan paling jambu dalam family.

4. Anak pompuan kerja high post

5. Anak pompuan biasa pakai barang branded

6. Anak pompuan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan

7. Kakak belum kahwin, jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus

8. Anak pompuan yang rasa dirinya... lengkap segala-galanya

9. Bapak pompuan tauke kayu balak, mak pulak bekas eksekutif

10. Untuk membuktikan yang si lelaki mampu menyara anaknya yang high-maintainence
Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni depa dok mengumpat antara family lelaki saja)

1. Eh!!!! ni nak meniaga anak ke apa? Kadang tu mak bapak ok jer... si anak pulak lebih-lebih.

2. Kalau pandai masak ke jahit ke, satu hal jugak. Ni asyik pandai mekap je..

3. Camni bilang kat depa simpan anak tu dalam store buat perhiasan.

4. Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpa jugak. Ni hidung pesek macam kena lenyek je.

5. Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?

6. Lupakan sudah budak pompuan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones.

Kata2 dari sebelah pompuan yang lelaki ingin sangat nak dengar;

1. Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi, kita ambik je. Member tak cerewet.

2. Takpelah... Kalau tak boleh adakan sekarang, kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.
3. Jangan bimbang. Hangpa cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.

4. Pasal sekarang ni musim grand sale sana sini, jadi kita ada staff discount. Hangpa cuma kasi 10% je.

5. Berapa hangpa nak bagi, bagilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.

6. Apakata kalau hangpa ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin.

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya, jawapannya :-

1. Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler....
2. Ehh... sikit benar!!! Camni tak nak lah.... Tak sama standard dengan kita punya expectation.

3. Ni... hantaran kira Rupiah ke Sing dollars..? Kita cuma simpan American dollars je.
4. Kita tak biasa pakai cash laaa... Hangpa pilihlah nak AMEX ke... Diners ke... boleh kata semua kredit kad kami ada la...

5. Sebagai hadiah upacara masuk minang ni.. kami ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kami tengah parking kat bawah tu.

6. Ni... hangpa mintak hantaran ke... mintak duit nak belikan dia baju tiduq... Murahnya...?

Source:udanglipan.blogspot.com

Al-Fatihah.....

Al-fatihah untuk Syeikh Mohamed Sayed Tantawi yang telah kembali ke Rahmatullah lewat hari ini.



اللّهمّ اغفرله وارحمه

Ya Allah ampuni dia dan rahmati dia.

Telah hilang seorang lagi ulama
mungkinkan penggantinya akan lebih alim, wara' dan berkaliber?

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

Source:tranungkite.net

Saturday, March 6

15 Maksiat Yang Mengundang Bala


Dari Ali bin Abi Thalib r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara ini, maka bala pasti akan turun kepada mereka. Iaitu:

1...Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2...Apabila amanah itu dijadikan suatu sumber keuntungan.
3...Zakat dijadikan hutang.

4...Suami memperturutkan kehendak isteri.
5...Anak derhaka kepada ibunya.
6...Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7...Suka menjauh dirikan dari ayahnya.

8...Suara sudah ditinggikan dalam masjid.
9...Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10..Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11..Khamar (Arak) sudah diminum di merata tempat.
12..Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.

13..Para artis disanjung-sanjung.
14..Muzik banyak dimainkan.
15..Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) genarasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu, hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan dirobohkan menjadi makhluk lain".

Hadith Riwayat : Termizi

Kesemua 15 perkara yang disenaraikan di atas telah berlaku dalam masyarakat kita. Apakah kita masih leka diulit-ulit, sehinggakan kita lalai dengan AMARAN Rasulullah s.a.w. tentang kedatangan "Angin Merah". Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan berdoa supaya ia dijauhi daripada kita semua. Amin.


Source:tranungkite.net

Saturday, February 6

Hipokritkah Kita...

Bayangkan benda ni berlaku pada anda...
Suatu hari pada masa sembahyang Jumaat yg dihadiri oleh 1000 jemaah..
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin-gun...
lalu salah seorang lelaki itu bertempik.. "Sesiapa yang sanggup mati kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri...
Daripada jumlah yang 1000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja jemaah yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuklah Pak Imam tu..
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata :

"Ok pak imam, saya dah halau semua yang hipokrit, sekarang bolehlah pak imam mulakan sembahyang Jumaat"...

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meniggalkan jemaah...

Bagaimana.. adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas..?
Selain terhibur, anda fikirkanlah..

"Lawak kan, dari 1000 orang yang mengaku dia Islam hanya 20 orang yang betul-betul beriman..."

"Lawak kan, berapa ramai manusia yang mudah lupakan Allah bila menghadapi bahaya...kedua lelaki hanya membawa mesin-gun, dia tak kata pun nak bunuh..tapi generasi sekarang amat lemah...baru kena ugut terus lari lintang pukang..lupa yang di tak sembahyang Jumaat lagi..."

"Lawak kan, ada juga agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang Jumaat.. tunjuk muka kat orang kampung. ada tu lagi dahsyat setahun dua kali aje..bila time sembahyang raya..."

"Lawak kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh suratkhabar daripada apa yang tercatat dalam Al-quran..."

"Lawak kan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara. akhirat adalah tempat yang kekal, tapi masih berlumba-lumba mengejar dunia..."

"Lawak kan, kita boleh bersembang dengan kawan-kawan berjam-jam lamanya, tapi nak berdoa kepada Allah alahai..tak cukup masa..."

Lawak dan pelik...tapi itulah realitinya apabila sesuatu yang hakikat dinafikan...
Hipokritkah kita...
Sama-sama kita renungkan...!

Tuesday, January 19

Mereka Yang Tidak Diberi Cahaya oleh Allah

Allah berfirman yang bermaksud, "atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap gelita di lautan yang dalam, yang diluputi ombak bertindih ombak, di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikian keadaanya) gelap gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengelurkan tangannya tidak dapat ia melihatnya sama sekali.

"Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah - menurut undang-undang peraturan-Nya - mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka tidaklah ia akan memperolehi sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)." (Surah al-Nur:40)

Oleh kerana itulah Allah menyatakan dalam ayat ini yang bermaksud, sesiapa yang Allah kehendaki akan disesatkannya dan sesiapa yang ia kehendaki akan dijadikannya berada di atas jalan yang betul." (Surah al-An'am:30)

Sesiapa pun tidak boleh memberi hidayah kepada seseorang melainkan Allah sahaja. Sebab itulah kita disuruh sentiasa meminta petunjuk daripada Allah SWT.

Islam telah mengajar umatnya supaya melakukan perkara ini dalam solat mereka di mana di dalam Suratul Fatihah (yang menjadi rukun dan wajib dibaca di dalam solat), setiap orang islam membaca ayat yang bermaksud, "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.) (Surah al-Fatihah:6)

Orang Islam yang mengerjakan sembahyang pasti membaca surah ini sekali gus bererti mereka sentiasa memohon petunjuk daripada Allah SWT.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "katakanlah (hai Muhammad):"khabarkanlah kepada aku, jika datang kepada kamu azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru selain Allah (untuk menolong kamu) jika betul kamu adalah orang-orang yang benar?" (Surah al-An'am :40)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bagaimana segala ketentuan Allah tidak boleh sesiapa pun mengubahnya. Allah akan buat apa yang Dia kehendaki dan setiap urusannya apabila Dia berkata jadilah maka jadilah perkara itu dengan kehendak-Nya jua tanpa ada sesiapa pun boleh menghalangnya walau sedikit pun.

Begitulah dalam urusan menurunkan azab dan berlakunya hari kiamat. Ayat ini Allah memerintahkan nabi Muhammad supaya bertanyakan orang-orang kafir itu tentang siapakah yang sebenarnya berkuasa untuk menghalang semua itu berlaku ke atas mereka, adakah berhala-berhala yang disembah selain Allah atau orang-orang yang berkuasa di muka bumi boleh menghalang semua itu berlaku. Adakah mereka sanggup menyeru tuhan atau sembahan atau orang yang berkuasa selain Allah untuk menghalang dari semua itu berlaku?

Soalan yang diperintahkan ini sebenarnya adalah soalan menghina atau menempelak perbuatan orang kafir yang sengaja tidak mahu kembali kepada ajaran Allah sekali gus menyembah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Mereka sebenarnya mengetahui apa yang disembah itu atau manusia yang dipatuhi perintahnya selain Allah itu tidak berkuasa menghalang semuanya berlaku di hadapan mata mereka.

Allah berfirman yang bermaksud, "Bahkan Dialah (Allah) yang kamu serukan lalu ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadanya (supaya dihapuskan), jika ia dikehendaki dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah, dalam masa kamu ditimpa bahaya itu)." (surah al-An'am :41)

Yakni apabila mereka ditimpa musibah mereka tidak ingat lagi kepada berhala atau sesuatu yang mereka sembah dan patuh selain Allah, melainkan mereka akan minta pertolongan dari Allah, berhadap hati mereka kepada Allah, mengharapkan Allah membebaskan mereka dari bencana itu tidak lagi berharap kepada sembahan-sembahan mereka selama ini.

Saat itu mereka lupa kepada berhala dan tuhan-tuhan selain Allah. Penganut komunis pun ingat kepada Tuhan ketika mereka ditimpa azab atau nazak hampir mati sebagaimana berlaku kepada Lenin pemimpin besar komunis Rusia.

Apabila komunis hampir kalah pemimpin tersebut pernah meminta imam-imam masjid di Rusia sembahyang hajat memohon Allah memberi kemenangan kepada komunis. Inilah ragam mausia apabila kesempitan dan terdesak dihimpit musibah dan bencana dunia, mereka akan ingat kepada Allah.

Sebagai contoh apabila manusia ditimpa bencana dilambung ombak besar meggunung di lautan terbentang luas tidak bertepi, mereka merasakan mereka akan mati dengan bencana itu, di saat ini mereka lupa segala-gala yang lain melainkan Tuhan Yang Berkuasa Mentadbir Alam ini.

Tetapi selepas hilangnya musibah mereka kembali semula mengkufuri Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk yang kamu seru selain Allah, maka apabila ia menyelamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatinya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat Allah)." (Surah al-Isra':67)


Sumber:harakahdaily.net


Monday, January 18

74 Wasiat Untuk Pemuda Islam

1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan ataupun perbuatan.

2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.

3. Bertaqwalah kepada Allah dan berazamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha dan perbanyaklah istighfar.

5. Ingatlah bahwa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahawa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang tersirat di hatimu.

6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat serta qadar yang baik ataupun yang buruk.

7. Janganlah engkau taqlid (mengikut) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan memilih mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.

8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontohimu dalam mengamalkannya.

9. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.

10. Jagalah selalu wudhukmu dan perbaharuilah. Dan senantiasalah dalam keadaan suci dari hadas dan najis.

11. Jagalah selalu solat di awal waktu dan berjamaah di masjid terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (subuh).

12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah. Dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.

13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada solat berjamaah tersebut.

14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.

15. Bersegeralah berangkat untuk solat Jumat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah azan kedua kerana engkau akan berdosa.

16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.

17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa uzur syar’i sebab engkau akan berdosa kerananya.

18. Tegakkanlah solat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapat keampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.

19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.

20. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di sisi rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiyamat.

21. Senantiasalah memperbanyak zikir kepada Allah baik perlahan-lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.

22. Hadirilah majlis-majlis zikir kerana majlis zikir termasuk taman surga.

23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan dan hati-hatilah engkau dari pandangan, karena pandangan itu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.

24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/keangkuhan.

25. Janganlah engkau memakai pakaian sutra dan emas karena keduanya diharamkan bagi laki-laki.

26. Janganlah engkau menyeruapai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.

27. Biarkanlah janggutmu karena Rasulullah: “Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut.” (HR. Bukhari Dan Muslim)

28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu dimakbulkan.

29. Ucapkanlah bismillah ketika engkau hendak makan dan minum dan ucapkanlah alhamdulillah apabila engkau telah selesai.

30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.

31. Hati-hatilah dari berbuat kezaliman kerana kehaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.

32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan redha dan memilihkan makanan yang halal untuknya).

33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (rasuah), baik itu memberi suap, menerima suap ataupun perantaranya, kerana pelakunya terlaknat.

34. Janganlah engkau mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah karena Allah akan murka kepadamu.

35. Ta’atilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.

36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian.

“Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)
37. “Dan ber amar ma’ruf nahi munkarlah serta sabarlah dengan apa yang menimpamu.” (Luqman: 17)
Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya , dan munkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya.

38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.

39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: “Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah kekejian dan sejelek-jelek jalan.” (Al-Isra’:32)

40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan hati-hatilah dari mendurhakainya.

41. Wajib bagimua untuk silaturahim dan hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.

42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.

43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang soleh dan saudaramu di jalan Allah.

44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.

45. Wajib bagimu untuk duduk bermajlis dengan orang soleh dan hati-hatilah dari bermajlis dengan orang-orang yang jelek.

46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (keperluan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.

47. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan teliti. Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.

48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.

49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak engkau kenal.

50. Ucapkanlah salam yang disunahkan yaitu assalamualaikum dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.

51. Janganlah mencela seorangpun dan mensifatinya dengan kejelekan.

52. Janganlah melaknat seorangpun termasuk haiwan dan benda mati.

53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan oarng lain karena hal itu termasuk dosa yang paling besar.

54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerosakan di antara mereka.

55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.

56. Janganlah engkau mengejutkan, menakuti dan menyakiti sesama muslim.

57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia karena hal itu merupakan amalan yang paling utama.

58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.

59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta kerana dusta akan mengantarakan kepada dosa dan dosa mengantarakan kepada neraka.

60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain.

61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.

62. Janganlah menghina orang lain kerana tidak ada keutamaan atas seorangpun kecuali dengan taqwa.

63. Janganlah mendatang dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.

64. Janganlah menggambar gambar manuasia dan binatang. Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar.

65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.

66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan membaca: yarhamukallah apabila dia mengucapkan: alhamdulillah

67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.

68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan karena kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda.

69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalah kepada Allah .

70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman darinya.

71. Bersabarlah dari segala musibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala kenikamatan yang ada.

72. Perbanyaklah melakukan amal soleh yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarakan ilmu.

73. Mohonlah syurga kepada Allah dan berlindunglah dari nereka.

74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah.
Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya.

(Diterjemahkan dari buletin berjudul 75 Washiyyah li Asy-Syabab terbitan Daarul Qashim Riyadl-KSA oleh Abu Abdurrahman Umar Munawwir)

Sumber: Ustazazhar.com