Friday, August 6

Sejenak

Sudah lama rasanya tak berkarya di ruangan ini....beginilah lumrah manusia apabila disibukkan dengan sesuatu perkara akan melupakan sesuatu perkara yang lain.

Kadang-kadang situasi ini lah yang menyedarkan kita akan hakikat betapa bernilainya masa itu....kita tidak akan merasa bernilainya ia sehingga kita disibukkan dengan sesuatu...

Memang itulah hakikat kehidupan manusia...seperti juga merasa nikmat sihat apabila diuji dengan kesakitan....betapa indah tarbiah dari Pencipta untuk mendidik hambaNya...

Tatkala dalam perjalanan pulang ke rumah selepas solat isyak malam tadi, aku terhenti seketika di suatu persimpangan....melihat satu jenazah dibawa dengan van jenazah untuk disemadikan di tanah perkuburan islam sri gombak...

Walaupun jenazah itu tiada mempunyai pertalian denganku tetapi melihat orang ramai yang mengiringinya ke kubur telah mengingatkan aku akan hakikat kematian....

Benar...hari ini kita dikurniakan dengan nikmat kesihatan...tetapi belum tentu kita masih mampu untuk merasai nikmat ini pada hari esok...kerana kematian itu pasti akan datang menemui kita dan setiap manusia akan melaluinya...hanya bila dan di mana sahaja yang menjadi rahsia Allah...

Semoga kita semua mendapat kesudahan yang diredhai di sisiNya....Ameen.

0 comments:

Post a Comment