Sunday, August 8

Tetamu Yang Dinanti

Ramadhan....kunjungannya setiap tahun selalu dinanti..bulan yang dijanjikan Allah dengan penuh keberkatan dan kerahmatan...

Sekiranya kita sempat untuk bertemu dengan ramadhan yang akan kunjung tiba beberapa hari lagi, bersamalah kita manfaatkannya dengan penuh penghayatan dan ibadah kepada Allah...

Semasa menghadiri forum ramadhan di Masjid Almaniah, Batu Caves semalam...Ustaz Halim Din, salah seorang panel yang turut disertai oleh Dato' Ismail Kamus dan Ustaz Salehin Mukhyi ada menyatakan "adanya sebahagian manusia menyambut ramadhan bukan kerana syariat tetapi lebih kepada adat"..Kerana itulah mereka berpuasa tanpa mendapat penghayatan dan iktibar yang sebenar jauh sekali menjadikan ramadhan sebagai medan tarbiyah diri dari mengikut hawa nafsu....

Semoga ramadhan kali ini mampu mendidik kita menjadi lebih baik dari masa yang lalu..kerana belum tentu kita akan dapat bertemu dengan ramadhan yang akan datang...mungkin ini merupakan ramadhan yang terakhir dalam hidup kita sebelum kita pulang menghadap Allah..

Jadi sambutlah tetamu ini dengan penuh keimanan dan ketakawaan...semoga kita mendapat keberkatan dan kerahmatan yang dijanjikan Allah untuk kita.

0 comments:

Post a Comment