Showing posts with label cerita diri. Show all posts
Showing posts with label cerita diri. Show all posts

Thursday, August 4

Setahun Berlalu....

Setahun berlalu....

telah begitu lama rasanya aku xmenulis di blog ini...

banyak yang telah berubah.....

samaada ada diri mahupun teman-teman.....

setahun berlalu.....

Ramadhan menjelma lagi......

syukur kehadrat Illahi kerana masih memberi aku peluang ini...

peluang bertmu dengan Ramadhan yang mulia di tahun ini.....

walaupun belum pasti adakah sempat menghabiskannya.....

namun aku bersyukur kerana dapat merasai nikmat ini....

Mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir buat kita.....?

semuanya di dalam ilmu Allah.....

namun apa yang pasti....

kuharapkan Ramadhan ini adalah yang terbaik untuk semua...

sama-samalah berusaha mencari sebanyak ganjaran pahala....

sebagai bekalan menuju garisan penghabisan.....

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Untuk Semua....

Monday, August 16

Pagi Yang Indah

Alhamdulillah...

Syukur kehadrat Illahi yang masih lagi memberi aku peluang untuk merasai nikmat hidup di ats muka bumiNya ini...

Syukur kerana masih lagi memberi pinjaman nyawa untuk aku menjalani ibadah Ramadhan ini...

Inilah nikmat yang paling bereharga dikurniakan Allah kepada hamba-hambaNya...

Sesungguhnya pagi ini begitu indah bila dimulakan dengan mengingati kebesaran Allah S.W.T...

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk mendengar kuliah subuh oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Masjid Rahimah, Greenwood sesudah solat subuh berjemaah yang dipimpin beliau...

Setidak-tidaknya ia memberi peringatan kepada diri untuk terus mengingati nikmat dan kekuasaan Allah....setiap ungkapan yang diucapkan oleh Tok Guru begitu tenang dan amat bermakna..setiap patah perkataan yang membawa sang pendengar menginsafi hakikat kejadian diri dan nikmat yang berharga dikurniakan oleh Allah S.W.T....

Semoga Allah panjangkan usia dan memelihara Tok Guru untuk terus memimpin dan menyampaikan risalah Islam di Malaysia....Ameen.

Allahuakbar...








Friday, August 6

Sejenak

Sudah lama rasanya tak berkarya di ruangan ini....beginilah lumrah manusia apabila disibukkan dengan sesuatu perkara akan melupakan sesuatu perkara yang lain.

Kadang-kadang situasi ini lah yang menyedarkan kita akan hakikat betapa bernilainya masa itu....kita tidak akan merasa bernilainya ia sehingga kita disibukkan dengan sesuatu...

Memang itulah hakikat kehidupan manusia...seperti juga merasa nikmat sihat apabila diuji dengan kesakitan....betapa indah tarbiah dari Pencipta untuk mendidik hambaNya...

Tatkala dalam perjalanan pulang ke rumah selepas solat isyak malam tadi, aku terhenti seketika di suatu persimpangan....melihat satu jenazah dibawa dengan van jenazah untuk disemadikan di tanah perkuburan islam sri gombak...

Walaupun jenazah itu tiada mempunyai pertalian denganku tetapi melihat orang ramai yang mengiringinya ke kubur telah mengingatkan aku akan hakikat kematian....

Benar...hari ini kita dikurniakan dengan nikmat kesihatan...tetapi belum tentu kita masih mampu untuk merasai nikmat ini pada hari esok...kerana kematian itu pasti akan datang menemui kita dan setiap manusia akan melaluinya...hanya bila dan di mana sahaja yang menjadi rahsia Allah...

Semoga kita semua mendapat kesudahan yang diredhai di sisiNya....Ameen.

Sunday, January 3

Apabila Sesuatu Terjadi...

" Abah accdent..". Itulah sms ringkas yang diterima dari adikku malam rabu lalu. Berderai jantungku membaca sms itu. Aku terus menelefon adikku bertanya khabar ayahku. Adikku memberitahu ayahku dalam perjalanan ke hospital, tanpa bagitahu bagaimana keadaan abah.


Aku makin cemas membayangkan keadaan abah, hanya mampu berdoa agar keadaaannya x seteruk mana. Selang bebarapa ketika, angah telefon bagitahu yang abah terpaksa dihantar ke hospital Terengganu setelah mendapat rawatan di hospital Dungun kerana urat jari tangan abah putus. Aku bertambah risau dengan keadaan abah.


Tanpa berlengah aku terus ke Greenwood mencari tiket untuk pulang ke Terengganu malam tu jugak..dengan harapan masih ada tiket untuk pulang. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih ada tiket untukku. Sepanjang perjalanan aku hanya mampu berdoa agar abah selamat.


Sepanjang perjalanan aku langsung x dapat nak lelapkan mata kerana angah bagitahu yang abah akan dioperate malam tu jugak. Tepat jam 4.00 pg adikku sms bagitahu yang abah dah selamat dioperate dan telah dibawa ke wad. Adikku jugak memberitahu yang ayahku sudah dibenarkan pulang cuma mungkin selepas subuh sebab abah masih tido selepas operation...


Aku yang pada mulanya ingin ke hospital bersama abangku yang ke3 hanya menunggu di rumah selepas diberitahu yang abah telah pun dibenarkan pulang. Sayu bila lihat keadaan abah dengan tangan yang berbalut, kaki yang x dapat banyak bergerak apatahlagi terpaksa dipapah untuk bangun...


Tapi, alhamdulillah...arini abah dah mampu untuk bergerak dan bangun sendiri, cuma masih belum mampu untuk melakukan banyak pergerakan. Syukur pada Allah yang menyembuhkan abah..


Apabila sesuatu terjadi, kadang2 barulah kita dapat menilai betapa berharganya ia sebelumnya..begitu juga kasih sayang, kadang2 kita lupa akan ia..tetapi apabila sesuatu terjadi, barulah kita sedar betapa bernilainya ia..betapa bernilainya kasih ibu bapa kepada anak begitu juga bernilainya kasih seorang anak kepada ibu bapa...dan kasih sahabat kepada sahabatnya..


Berbanyak terima kasih untuk sahabat2 yang banyak membantu dan bertanya khabar.. terima kasih buat zaid yang sudi menghantar aku ke Greenwood malam tu, thanx jugak buat nazli yang sudi menawarkan kereta untuk aku pulang malam tu..kepada yang bertanya khabar..jali,kak pijan,dudu dan yang lain terima kasih diucapkan...


Buat kawan2 yang ke kg. Teji ribuan kemaafan dipinta kerana x dapat bersama kalian di sana..kita merancang, Allah juga merancang.. tetapi sebaik2 perancangan adalah dari Allah. Itulah yang berlaku apabila sesuatu terjadi....


Monday, December 21

Apabila Tayar Terhenti...

Pusingan tayar kadang-kadang bergerak laju, kadang-kadang ia terhenti...
Terhentinya ia kadang-kadang kerana sesuatu..
Sesuatu yang diduga ataupun tidak..

Berputarnya ia kerana membawa penumpang..
Terhentinya setelah tiba di destinasi atau kerana x mampu lagi untuk berputar..

Hehe..jangan pelik,ini bukan kelas sastera...tapi sekadar sedikit catitan peristiwa yang terjadi padaku dan rakan-rakan Sabtu lalu semasa perjalanan pulang dari menghadiri walimah di Perak.

Sekitar jam 3.30petang setibanya di suatu kawasan yang telah ku lupa namanya...kalu x silap area Tapah rasanya...tiba-tiba je tayar kereta yang aku naik bersama rakan-rakan, Jali,Heri & Herman pancit.

Pian yang memandu di belakang bersama Jiju,Keman, & Yusri turut berhenti. Muhyiddin yang dah terkedepan pun sempat U-turn balik tolong kami...Walaupun tayar ganti aku boleh guna tapi rupa-rupa dalam kereta aku tu x de jet tayar...tayar ada tapi xde peralatan...nasib baik dalam kereta pian dan che de ade...boleh jugak tukar tayar tu.kalu x mungkin terpaksa cari bengkel,tapi seakan mustahil kalu nak cari mekanik aritu...yelah hujung minggu mesti kedai pun tutup...

Tapi, alhamdulillah... kami dapat juga ganti tayar tu dengan bantuan rakan-rakan. kepada kawan-kawan yang membantu aritu...terima kasih banyak-banyak diucapkan..manisnya hidup bersahabat, saling tolong menolong bila memerlukan...thanx again.....

So, pesanan kat kawan-kawan yang ada kereta dan nak travel,pastikan kereta anda dalam keadaan terbaik baik dari segi tayar mahupun enjin...dan make sure jugak peralatan pun ada bila diperlukan, jangan jadi macam aku....lupa nak pastikan semua ada...sekadar nasihat untuk diri sendiri dan semua...

Sekitar hari kejadian








Sunday, July 12

Kelam Kabut...

Kelam kabut..tulah yang dapat aku gambarkan suasana pagi ni kat kolej...maklumlah nak register sem baru,tapi mujurlah aku,syarif,zaid cepat serbu ofis pagi tadi..kalu tak,xtaulah kul berapa baru leh dapat bilik..tapi sekarang alhamdulillah...semua dah setel,kunci pun dah dapat,bilik pun dah bleh masuk....sekurang-kurangnya hilang skit rasa penat travel dari Ganu malam tadi..yelah,mana xnya..tengok bilik serba baru...huh,memang selesa sangat lah...bukan setakat study,tido pun naik semangat...kepada semua budak2 Bilal,selamat kembali ke mahalllah kita...jom kita meriahkan kolej kita,aku tengok kiosk pun dah buka,tauke baru plak tu...ni baru best...klah,sampai disini jelah dulu...dah penat,mata pun masih ngantok...xckup tido...huhu! selamat memasuki sem baru untuk semua...

Saturday, June 27

Akhirnya...

Akhirnya...bukan tajuk filem ataupun lagu cuma sekadar ungkapan dariku, setelah seminggu menanti,akhirnya..hari yang kutunggu tiba juga...oops,jangan salah faham...bukan kahwin ye tapi sebenarnya exam terakhir untuk sem ni,bukan apa cuma sakadar terkedu bila melihat semua kawan2 dah abis exam,ada yang dah balik kg,ada yang keluar tengok wayang dan macam2 lagi yang aku pun tak tahu....di sebalik keriangan kawan2 semua jauh di satu sudut,masih ada seorang lelaki yang masih memegang buku membaca helaian demi helaian sehinggakan dia sendiri tidak pasti adakah buku itu sudah habis dibaca atau belum...tetapi hari ini tanggal 27hb tepat jam 11.o1 pagi aku berasa lega kerana akulah lelaki tersebut, aku telah mampu tersenyum tatkala teringatkan kampung halaman yang melambai-lambai seolah2 menanti kepulangan pemuda kampung,hehe! pada kawan2 semua selamat bercuti aku ucapkan,InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita berjumpa lagi sem yang akan datang....ni lah sedikit coretan sebelum aku pulang ke kampung....

Thursday, May 28

Bila sampai masa..

Sudah lama rasenya aku x update blog ni..bukan malas,bukan x jenguk blog tapi kesempatan yang ada kadang2 terlalu terbatas.Haa tulah lumrah manusia,kita hanya akan sedar masa itu bermakna apabila kita disibukkan dengan kerja2 dunia..tetapi kita akan dilekakan dengan nilai masa apabila kita terasa selesa tanpa apa2 yang perlu dibuat,memang itulah hakikat kita yang bernama manusia...aku juga tidak terlepas dengan hakikat tersebut..sebab tulah x sempat nak update blog ni,lebih2 kalu amik subjek dalam short sem ni..maklum lah masanya terlalu terhad apatahlagi kalu berganda subjek yg diambil...jadi terpaksalah mendahulukan apa yang patut didahulukan...hehe!
Bercerita pasal masa ni,sedar x sedar dah ramai ye dari kawan2 yang dah masuk alam rumahtangga...sama ada kwn2 dari Comrade,kwn2 Irk..dan yang paling menarik 3 minggu lepas aku menghadiri majlis kahwin kawan time sekolah rendah dulu...x sangka bleh jumpa lagi.Yang terbaru masa kenduri abg Hairul kt batu pahat 2 minggu lepas..hehe! memang seronok bila tengok ramai kawan2 dah kahwin,leh tumpang gembira...huhu! yelah kan jodoh pertemuan ni kan dah ditentukan,kalu dah sampai masa tu kahwin jugak akhirnya...kepada kawan2 seperjuangan yang telah pun bertemu dengan permata yang dicari, jangan lupa jemput kalu dah sampai masa...hehe! Klah,sehigga disini dulu coretan yg x seberapa ni...kepada kawan2 semua semoga sentiasa ceria dan gembira!!!

Wednesday, April 22

Salam Perjuangan......

Sudah tiga hari sahabat2 Comrade menjalani program masuk kampung IPTA Pos Pelantok.....bagaimana keadaan mereka sekarang ye? mesti tengah seronok bersama keluarga angkat masing2.Betapa seronoknya andai saya dapat bersama mereka..alangkah indahnya suasana di sana,menyediakan makanan untuk orang kampung,melayan telatah kanak2,menyampaikan misi dakwah,sukaneka dan berbagai lagi aktiviti yang tentunya menarik...inilah yang bermain2 dalam fikiran saya,perjuangan yang sedang dilaksanakan sahabat2 Comrade semua.Rindu benar rasanya untuk menyertai mereka semua.Sudah lama saya tidak mengikuti program Comrade...benar,manusia merancang..Allah juga merancang,tp sebaik2 perancngan adalah perancangan Allah.
Memang dari awal saya mahu mengikuti program kat Pelantok tapi kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan terpaksalah saya batalkan hasrat tu..lebih2 sakit saya yang memang membataskan pergerakan.Atas nasihat doktor saya terpaksa batalkan niat nak join program ni.Sebelum ni alhmadulillah sakit ni dah berkurangan tapi sejak beberapa minggu lepas rasa sakit makin bertambah sampailah sekarang.Arini pun dah masuk hari ke-4 saya buat terapi untuk sakit saya ni..InsyaAllah jika diizinkan Allah saya akan join program akan datang.Buat sahabat2 yang sedang berada di Pelantok,teruskan perjuangan anda semua.Andalah antara yang terbaik dipilih Allah untuk agamanya.Mudah2 mendapat ganjaran yang besar disisiNya..Ameen!

Tuesday, April 7


"Chik, kat mana...ade program ke?". Itulah sms ringkas yang menjengah masuk ke telefon bimbitku ari sabtu lepas,kebetulan baru je pulang exam,1st paper..sms dari along,abangku yang tinggal di Johor. Memang dah lama kami x berjumpa cuma berhubung melalui telefon je.. rupa-rupanya dia dalam perjalanan pulang ke Bangi,umah mertuanya...patutlah dia sms td.Biasanya kalu dia pulang ke Bangi kami selalu berjumpa tapi disebabkan keterbatasan waktuku sejak kebelakangan ni kami x dapat berjumpa,lagi2 sekarang exm pun dah start.Rasa rindu pulak pada anak saudaraku yang dua orang tu....Batrisyia dan adiknnya,Muhaimin...camner agaknya mereka sekarang.Timbul pulak perasaan nak p jumpa diorang tapi ari Ahad tu ade exam lg..petang plak tu sedangkan ari isnin along dah nak pulang semula ke Johor. Last2 aku decide untuk ke Bangi gak pagi isnin.Tambah2 next paper ari Khamis,so boleh lah curi masa skit...bukan apa,rindu sangat kat anak saudara..huhu!. Akhirnya sampai juga hajat nak jumpa anak saudaraku ari isnin tu.Walaupun x lama kami dapat meluangkan masa tp aku puas dapat berjumpa mereka...lebih2 Aimin yang semakin membesar...seronok sangat dapat tengok telatah dua beradik tu.Setidak-tidaknya dapat gak ''ayah chik'' (panggilan dlm fmily) hilangkan tension time2 exm ni,hehe!. To Isya dan Aimin, ayah chik miss u all!