Saturday, June 27

Akhirnya...

Akhirnya...bukan tajuk filem ataupun lagu cuma sekadar ungkapan dariku, setelah seminggu menanti,akhirnya..hari yang kutunggu tiba juga...oops,jangan salah faham...bukan kahwin ye tapi sebenarnya exam terakhir untuk sem ni,bukan apa cuma sakadar terkedu bila melihat semua kawan2 dah abis exam,ada yang dah balik kg,ada yang keluar tengok wayang dan macam2 lagi yang aku pun tak tahu....di sebalik keriangan kawan2 semua jauh di satu sudut,masih ada seorang lelaki yang masih memegang buku membaca helaian demi helaian sehinggakan dia sendiri tidak pasti adakah buku itu sudah habis dibaca atau belum...tetapi hari ini tanggal 27hb tepat jam 11.o1 pagi aku berasa lega kerana akulah lelaki tersebut, aku telah mampu tersenyum tatkala teringatkan kampung halaman yang melambai-lambai seolah2 menanti kepulangan pemuda kampung,hehe! pada kawan2 semua selamat bercuti aku ucapkan,InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita berjumpa lagi sem yang akan datang....ni lah sedikit coretan sebelum aku pulang ke kampung....

0 comments:

Post a Comment