Tuesday, December 22

Runtuh...Runtuh...Runtuh!


Runtuh lagi...itulah sebahagian berita yang terpapar di dada akhbar, isu ini juga yang menjadi tajuk perbualan aku dengan seorang ahli parlimen ketika terserempak dengan beliau di Jalan Pahang pagi tadi kerana ia bukan perkara baru tetapi satu lagi tragedi runtuhan yang berlaku di Terengganu, negeri kelahiranku..ini dah kali ke 4 berlakunya runtuhan struktur binaan kat negeri aku selepas bumbung Sekolah Menengah Ajil, diikuti bumbung Stadium Sultan Mizan dan bumbung Masjid Kg Putih, Kemaman dan yang terbaru semalam runtuhan yang melibatkan bahagian depan bumbung Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang.

Seakan ada sesuatu yang tidak kena bila ia berlaku di negeri Terengganu berulang kali. Seharusnya pihak yang berkenaan harus memikul tanggungjawab di atas kejadian ini dan membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan sekiranya benar berlaku penyelewengan seperti yang didakwa sebelum ini.

Memang benar kejadian runtuhan yang berlaku ini masih belum meragut nyawa, tapi sekiranya ia benar-benar terjadi selepas ini jangan nanti baru menunding jari sesama sendiri akibat tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.


Monday, December 21

Apabila Tayar Terhenti...

Pusingan tayar kadang-kadang bergerak laju, kadang-kadang ia terhenti...
Terhentinya ia kadang-kadang kerana sesuatu..
Sesuatu yang diduga ataupun tidak..

Berputarnya ia kerana membawa penumpang..
Terhentinya setelah tiba di destinasi atau kerana x mampu lagi untuk berputar..

Hehe..jangan pelik,ini bukan kelas sastera...tapi sekadar sedikit catitan peristiwa yang terjadi padaku dan rakan-rakan Sabtu lalu semasa perjalanan pulang dari menghadiri walimah di Perak.

Sekitar jam 3.30petang setibanya di suatu kawasan yang telah ku lupa namanya...kalu x silap area Tapah rasanya...tiba-tiba je tayar kereta yang aku naik bersama rakan-rakan, Jali,Heri & Herman pancit.

Pian yang memandu di belakang bersama Jiju,Keman, & Yusri turut berhenti. Muhyiddin yang dah terkedepan pun sempat U-turn balik tolong kami...Walaupun tayar ganti aku boleh guna tapi rupa-rupa dalam kereta aku tu x de jet tayar...tayar ada tapi xde peralatan...nasib baik dalam kereta pian dan che de ade...boleh jugak tukar tayar tu.kalu x mungkin terpaksa cari bengkel,tapi seakan mustahil kalu nak cari mekanik aritu...yelah hujung minggu mesti kedai pun tutup...

Tapi, alhamdulillah... kami dapat juga ganti tayar tu dengan bantuan rakan-rakan. kepada kawan-kawan yang membantu aritu...terima kasih banyak-banyak diucapkan..manisnya hidup bersahabat, saling tolong menolong bila memerlukan...thanx again.....

So, pesanan kat kawan-kawan yang ada kereta dan nak travel,pastikan kereta anda dalam keadaan terbaik baik dari segi tayar mahupun enjin...dan make sure jugak peralatan pun ada bila diperlukan, jangan jadi macam aku....lupa nak pastikan semua ada...sekadar nasihat untuk diri sendiri dan semua...

Sekitar hari kejadian








Tuesday, November 17

Menghitung Hari...


Menghitung hari..mungkin itu ungkapan yang sesuai bagi kawan2 ku yang sedang meniti hari2 terakhir di taman budi dan ilmu ini..

Empat tahun berlalu..hari ini ada di antara kawan2 ku yang telah mampu mengukil senyuman tanda kemenangan dalam jihad menuntut ilmu..bukan mudah menjadi seorang pelajar, hanya yang benar-benar istiqamah mampu menuju ke garisan penamat.

Betapa indah saat ketika menerima segulung ijazah sekalipun terpaksa menunggu terlalu lama, akan tetapi saat yang bermakna itu akan tiba juga. Mudah-mudahan Allah Taala panjangkan umur kita untuk berkongsi hari yang bersejarah itu dengan keluarga tersayang. Walaupun zahirnya hanya sekeping kertas tetapi hakikat yang sebenar hanya tersirat disebaliknya..

Betapa banyak masa telah dikorbankan deminya, betapa banyak wang ringgit dicurahkan deminya dan betapa tinggi semangat telah dipupuk deminya...itulah hakikat seorang pelajar bernama mahsiswa..

Bagi teman- teman yang sedang meniti hari2 terakhir di taman budi dan ilmu ini...Salam kejayaan dariku untuk semua...semoga lebih bersedia untuk ke dunia realiti, mengejar impian mengecapi hakikat sebenar kehidupan kita yang bernama insan.

Semoga mudah mendapat pekerjaan dan terus berbakti untuk anak bangsa.
Biarkan kenangan manis kita bersama selama bergelar mahasiswa menjadi kenangan abadi selamanya...

Salam Kejayaan!

Thursday, September 3

Bersifat Pemurah


“Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”

(al-Bukhari dan Muslim)



1. Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk melipat gandakan amal kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi atau personal dan merupakan rahsia antara seorang manusia dengan Tuhannya.

2. Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadatnya pada bulan Ramadhan sahaja. Tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik. Sabda Rasulullah yang bermaksud :Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada di-dalam Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun itu adalah Ramadhan.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

Source: Cina Islam

Saturday, August 22

Marhaban ya Ramadhan

Selamat datang ramadhan..

Semoga Ramadhan kali ini lebih mengajar kita akan erti kehidupan yang sebenar..
Sama-samalah kita merebut peluang untuk melipat gandakan amalan di bulan yang mulia ini..

Bersyukurlah kita ke hadrat Illahi yg masih lagi memberi kita rahmat untuk bertemu Ramadhan tahun ini..Gunalah peluang ini sebaik mungkin untuk beribadat kepadaNya kerana belum tentu adakah Ramadhan yang akan datang kita masih mampu berdiri menikmati alam ciptaan Tuhan.

Selamat Berpuasa kepada semua teman2..semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Friday, July 31

Kenyataan Hidup...

Kenyataan Hidup Di Sebalik Permainan
Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepadamurid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?
"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...
Source:Idhamlim.blogspot.com

Sunday, July 12

Kelam Kabut...

Kelam kabut..tulah yang dapat aku gambarkan suasana pagi ni kat kolej...maklumlah nak register sem baru,tapi mujurlah aku,syarif,zaid cepat serbu ofis pagi tadi..kalu tak,xtaulah kul berapa baru leh dapat bilik..tapi sekarang alhamdulillah...semua dah setel,kunci pun dah dapat,bilik pun dah bleh masuk....sekurang-kurangnya hilang skit rasa penat travel dari Ganu malam tadi..yelah,mana xnya..tengok bilik serba baru...huh,memang selesa sangat lah...bukan setakat study,tido pun naik semangat...kepada semua budak2 Bilal,selamat kembali ke mahalllah kita...jom kita meriahkan kolej kita,aku tengok kiosk pun dah buka,tauke baru plak tu...ni baru best...klah,sampai disini jelah dulu...dah penat,mata pun masih ngantok...xckup tido...huhu! selamat memasuki sem baru untuk semua...

Saturday, June 27

Akhirnya...

Akhirnya...bukan tajuk filem ataupun lagu cuma sekadar ungkapan dariku, setelah seminggu menanti,akhirnya..hari yang kutunggu tiba juga...oops,jangan salah faham...bukan kahwin ye tapi sebenarnya exam terakhir untuk sem ni,bukan apa cuma sakadar terkedu bila melihat semua kawan2 dah abis exam,ada yang dah balik kg,ada yang keluar tengok wayang dan macam2 lagi yang aku pun tak tahu....di sebalik keriangan kawan2 semua jauh di satu sudut,masih ada seorang lelaki yang masih memegang buku membaca helaian demi helaian sehinggakan dia sendiri tidak pasti adakah buku itu sudah habis dibaca atau belum...tetapi hari ini tanggal 27hb tepat jam 11.o1 pagi aku berasa lega kerana akulah lelaki tersebut, aku telah mampu tersenyum tatkala teringatkan kampung halaman yang melambai-lambai seolah2 menanti kepulangan pemuda kampung,hehe! pada kawan2 semua selamat bercuti aku ucapkan,InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita berjumpa lagi sem yang akan datang....ni lah sedikit coretan sebelum aku pulang ke kampung....

Sunday, June 21

Kerja Yang Sia-Sia..

"Mengapa kita memberi anugerah kebesaran kepada orang yang telah meninggal dunia . adakah anugerah ini dapat membantu meringankan beban sipolan disana .tidakkah satu kerja bodoh .sebagai orang islam mengapa kita sering melakukan sesuatu yang sia-sia .anugerah itu tidak diperlukan oleh simati .lebih afdal jika disedekahkan al- fatihah .
apalah dibanggakan sangat dengan anugerah itu sedangkan disana tak berfaedah langsung untuk kita .di Barat pun belum ada orang yang mati dianugerahkan bintang kebesaran ,jadi kita terlebih sedikit daripada mereka.Yang hairannya para ilmuan kita pandai tentang hukum hanya berdiam diri..dikhuatiri akan menjadi satu budaya kelak ,seperti membina kepok dikubur .Cuba kita bayangkan ahli kubur menunggu sedekah daripada kita yang hidup,tetapi tiba -tiba yang dia dapat anugerah "Datuk" ke atau "Tan Sri" apa faedahnya. Cuba pula bayangkan kita ditempat mereka .Kalau dapat sedekah lega sikit seksaan ,tetapi yang kita terima anugerah bintang .nak buat apa benda tu disana. "
Fikir2 dan renung2kan...

Adakah Ini Azab Kubur...?




Adakah Ini Azab Kubur..?? Allag Maha Mengetahui..!!
On this photo a 18-year old young man who died in one of hospitals of Oman. The corpse of the boy has been dug out from a tomb in 3 hours after his funeral under the insisting of his father.
The boy died in hospital and has been buried under the Islamic law and on the same day after obligatory ablution of the body. However after funeral the father has doubted of the diagnosis of doctors and wanted to identify the true reason of his death.
Relatives and his friends shocked when they saw the corpse. He was completely different within 3 hours. He turned grey as the very old man, with traces of obvious tortures and the most severe beating, with the broken bones of hands and legs, with the edges broken and pressed into a body.All His body and face were full of bruise. The open eyes-showed hopeless fear and pain. The blood obviously attributes that the boy has been subjected to the most severe torture.
Close relatives of the dead man have addressed to Islamic scientists who have unequivocally declared that it is available results of tomb torture which the Allah (s.w.t) and in the Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w) have warned.The shocked father of the boy has admitted that his son was spoilt, did not do Solat, and had a carefree way of life, having involved in different sins.Each died person comes across tests in the tomb for exception Shahids who died in Jihad on the way of Allah. This is first terrible test which the person comes across before the Doomsday.
In Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w):
- After the death the spirit of died person will return to a body then two Angels will come, Munkar and Nakir, and will ask: "Who is your Lord?" he will answer: "my Lord - Allah ". Then they will ask: "What is your religion?" he will answer: "My religion - Islam". Then they will ask him: "Who that person who has been sent to you?" he will answer: "He is the Prophet of Allah ". Then they will ask him: "How do you know?" He will answer: "I read the Book of Allah and trusted Him.

And then from heavens the voice will come: " My Slave has told the truth, lay it to bed from Paradise and open the Gate of Paradise " - then it will be full of pleasure and he begins to feel paradise pleasure, and his tomb becomes spacious, that eyes can reach.The Prophet of Allah Muhammad (s.a.w) said about the sinners. After the death the spirit of died person will return to the body then two Angels will come and ask, "Who is your Lord?" he will answer: "I do not know". Then they will ask: " Who that person who has been sent to you?" he again will answer: I "do not know" - and then from the sky the voice will come: "he told a lie, Put him into a box from fire and open before it the Gate of a hell! "-then it will be captured with heat of the hell, and his tomb becomes narrow and the edges will be compressed.
In Hadis it is also said, that Angels will severely beat the sinners during interrogation in the tomb and this torture will be awful. It is informed also, that our Messenger (s.a.w) supplicated to Allah to protect Him from tortures of a tomb and asked other people to do so.The history of 18-year old young men is a sign for believers and this is only next fairy tale for whom hearts are sealed by Allah. They look and do not see, listen and do not hear?
Source:Tranungkite.net.

Thursday, June 18

Salam Perjuangan

Dia dtg lagi...bukan seseorang tapi peperiksaan...pastikan semua bekalan untuk ke medan perang yang telah tiba ada secukupnya,baik mental mahupun fizikal.Menuju ke medan peperiksaan ibarat bersiap sedia menghadapi musuh..Ayuh teman2,masanya telah tiba..mari kita menukar langkah kita.Buat sebaik mungkin untuk peperiksaan..Salam kejayaan buat semua..!

Thursday, June 11

Kisah Lima Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
Source:ustazazhar.com

Thursday, June 4

Masihkah Kau Ingat........




































Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta


Source: Munsyid : Unic


Thursday, May 28

Bila sampai masa..

Sudah lama rasenya aku x update blog ni..bukan malas,bukan x jenguk blog tapi kesempatan yang ada kadang2 terlalu terbatas.Haa tulah lumrah manusia,kita hanya akan sedar masa itu bermakna apabila kita disibukkan dengan kerja2 dunia..tetapi kita akan dilekakan dengan nilai masa apabila kita terasa selesa tanpa apa2 yang perlu dibuat,memang itulah hakikat kita yang bernama manusia...aku juga tidak terlepas dengan hakikat tersebut..sebab tulah x sempat nak update blog ni,lebih2 kalu amik subjek dalam short sem ni..maklum lah masanya terlalu terhad apatahlagi kalu berganda subjek yg diambil...jadi terpaksalah mendahulukan apa yang patut didahulukan...hehe!
Bercerita pasal masa ni,sedar x sedar dah ramai ye dari kawan2 yang dah masuk alam rumahtangga...sama ada kwn2 dari Comrade,kwn2 Irk..dan yang paling menarik 3 minggu lepas aku menghadiri majlis kahwin kawan time sekolah rendah dulu...x sangka bleh jumpa lagi.Yang terbaru masa kenduri abg Hairul kt batu pahat 2 minggu lepas..hehe! memang seronok bila tengok ramai kawan2 dah kahwin,leh tumpang gembira...huhu! yelah kan jodoh pertemuan ni kan dah ditentukan,kalu dah sampai masa tu kahwin jugak akhirnya...kepada kawan2 seperjuangan yang telah pun bertemu dengan permata yang dicari, jangan lupa jemput kalu dah sampai masa...hehe! Klah,sehigga disini dulu coretan yg x seberapa ni...kepada kawan2 semua semoga sentiasa ceria dan gembira!!!

Wednesday, April 22

Salam Perjuangan......

Sudah tiga hari sahabat2 Comrade menjalani program masuk kampung IPTA Pos Pelantok.....bagaimana keadaan mereka sekarang ye? mesti tengah seronok bersama keluarga angkat masing2.Betapa seronoknya andai saya dapat bersama mereka..alangkah indahnya suasana di sana,menyediakan makanan untuk orang kampung,melayan telatah kanak2,menyampaikan misi dakwah,sukaneka dan berbagai lagi aktiviti yang tentunya menarik...inilah yang bermain2 dalam fikiran saya,perjuangan yang sedang dilaksanakan sahabat2 Comrade semua.Rindu benar rasanya untuk menyertai mereka semua.Sudah lama saya tidak mengikuti program Comrade...benar,manusia merancang..Allah juga merancang,tp sebaik2 perancngan adalah perancangan Allah.
Memang dari awal saya mahu mengikuti program kat Pelantok tapi kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan terpaksalah saya batalkan hasrat tu..lebih2 sakit saya yang memang membataskan pergerakan.Atas nasihat doktor saya terpaksa batalkan niat nak join program ni.Sebelum ni alhmadulillah sakit ni dah berkurangan tapi sejak beberapa minggu lepas rasa sakit makin bertambah sampailah sekarang.Arini pun dah masuk hari ke-4 saya buat terapi untuk sakit saya ni..InsyaAllah jika diizinkan Allah saya akan join program akan datang.Buat sahabat2 yang sedang berada di Pelantok,teruskan perjuangan anda semua.Andalah antara yang terbaik dipilih Allah untuk agamanya.Mudah2 mendapat ganjaran yang besar disisiNya..Ameen!

Friday, April 10

Padah Buruk Sangka...

Malam itu gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga. Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat berakibat sakit.

“Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun?” Tanya si suami.

“Jangan bang, angin kencang,” cegah isterinya.

“Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,” kata si suami.

“Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun.” Kata si isteri.

“Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah.” Balas suaminya dengan gembira.

“Meong....” teriaknya kemudian. Maka terdengarlah suara Hurairah membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya.

“Wahai Hurairah, malam ini engkau tidak usah menjaga lumbung padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si Harun,” kata si suami.

Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: “Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si Harun supaya ia tertidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.”

Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Hurairah akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya.

Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka Hurairah dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si Harun yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya. Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya.

Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Hurairah memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan. Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan Harun yang masih kecil itu.

Dengan cepat Hurairah melompat, giginya langsung masuk menghunjam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh makhluk lain. Matanya merah seperti besi terbakar. Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Hurairah dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka Hurairah.

Hurairah hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut. Dengan segala kemampuan dan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu. Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu. Digigitnya batang leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu.

Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah Hurairah dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Harun dan duduk semula di samping si Harun. Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Hurairah menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang menganga.

Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Hurairah turun dari tempat tidur. Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Harun berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Hurairah pun ikut berdukacita memperhatikannya.

Mereka berbimbingan tangan memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Hurairah berbunyi lembut: “Ngeong...., ngeong...., sambil terhuyung-huyung mendekati majikannya.

Tiba-tiba saja ibu Harun menjerit, “Bang....! Harun bang....!”

Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, “Mengapa Harun Aminah?” Tanya suaminya.

“Lihatlah si Hurairah, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Harun.... anak kita, bang. Bunuh Hurairah, bang! Ia telah memakan anak kita!” Kata si isteri.

Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. “Betul! Mulut Hurairah penuh dengan darah segar, pasti Harun telah diterkamnya.”

Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Hurairah. Kucing itu menjerit; “ngeong....” Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, ditimpakannya ke kepala Hurairah.

Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu. Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Harun masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak.

Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Hurairah yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka. Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal berkepanjangan. Ternyata Hurairah adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya. Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman.

Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu. Bangkai Hurairah diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi. Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang

TQ to Ustazazhar.

Tuesday, April 7


"Chik, kat mana...ade program ke?". Itulah sms ringkas yang menjengah masuk ke telefon bimbitku ari sabtu lepas,kebetulan baru je pulang exam,1st paper..sms dari along,abangku yang tinggal di Johor. Memang dah lama kami x berjumpa cuma berhubung melalui telefon je.. rupa-rupanya dia dalam perjalanan pulang ke Bangi,umah mertuanya...patutlah dia sms td.Biasanya kalu dia pulang ke Bangi kami selalu berjumpa tapi disebabkan keterbatasan waktuku sejak kebelakangan ni kami x dapat berjumpa,lagi2 sekarang exm pun dah start.Rasa rindu pulak pada anak saudaraku yang dua orang tu....Batrisyia dan adiknnya,Muhaimin...camner agaknya mereka sekarang.Timbul pulak perasaan nak p jumpa diorang tapi ari Ahad tu ade exam lg..petang plak tu sedangkan ari isnin along dah nak pulang semula ke Johor. Last2 aku decide untuk ke Bangi gak pagi isnin.Tambah2 next paper ari Khamis,so boleh lah curi masa skit...bukan apa,rindu sangat kat anak saudara..huhu!. Akhirnya sampai juga hajat nak jumpa anak saudaraku ari isnin tu.Walaupun x lama kami dapat meluangkan masa tp aku puas dapat berjumpa mereka...lebih2 Aimin yang semakin membesar...seronok sangat dapat tengok telatah dua beradik tu.Setidak-tidaknya dapat gak ''ayah chik'' (panggilan dlm fmily) hilangkan tension time2 exm ni,hehe!. To Isya dan Aimin, ayah chik miss u all!




Saturday, April 4

Cepatnya masa berlalu....

"Eh, cpt kn masa skrg..." Demikian sbhgn kata2 yg kluar dr seorg shbt tatkala minum brsama beberapa hari yg lalu..."mana tidaknya..mcm bru smlm pegi solat jumaat,tp lusa dh hari jumaat", smbungnya lagi. Benar kata2 shbtku itu, sedikit sebanyak membawaku merenung ttg kata-katanya itu....mmg masa smakin cpat,hakikatnya dunia sudah tua, sedang menuju garisan di mana ia bermula untuk dtamatkn...alangkah malang bg manusia yg masih gembira dgn dunia mereka..walhal dunia hanya tmpat berteduh seketika sementara hujan berlalu pergi...sama2 kite nuhasabah sebelum trlambt...sya tgglkn dengan kata2 trakhir Hassan Al Banna:

"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian wasiat Hasan al-Banna yang terakhir.

Semoga kita myedari akan hakikat hidup kita..amin ya rabbalaalamin.