Tuesday, December 22

Runtuh...Runtuh...Runtuh!


Runtuh lagi...itulah sebahagian berita yang terpapar di dada akhbar, isu ini juga yang menjadi tajuk perbualan aku dengan seorang ahli parlimen ketika terserempak dengan beliau di Jalan Pahang pagi tadi kerana ia bukan perkara baru tetapi satu lagi tragedi runtuhan yang berlaku di Terengganu, negeri kelahiranku..ini dah kali ke 4 berlakunya runtuhan struktur binaan kat negeri aku selepas bumbung Sekolah Menengah Ajil, diikuti bumbung Stadium Sultan Mizan dan bumbung Masjid Kg Putih, Kemaman dan yang terbaru semalam runtuhan yang melibatkan bahagian depan bumbung Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang.

Seakan ada sesuatu yang tidak kena bila ia berlaku di negeri Terengganu berulang kali. Seharusnya pihak yang berkenaan harus memikul tanggungjawab di atas kejadian ini dan membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan sekiranya benar berlaku penyelewengan seperti yang didakwa sebelum ini.

Memang benar kejadian runtuhan yang berlaku ini masih belum meragut nyawa, tapi sekiranya ia benar-benar terjadi selepas ini jangan nanti baru menunding jari sesama sendiri akibat tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.


0 comments:

Post a Comment