Sunday, January 3

Apabila Sesuatu Terjadi...

" Abah accdent..". Itulah sms ringkas yang diterima dari adikku malam rabu lalu. Berderai jantungku membaca sms itu. Aku terus menelefon adikku bertanya khabar ayahku. Adikku memberitahu ayahku dalam perjalanan ke hospital, tanpa bagitahu bagaimana keadaan abah.


Aku makin cemas membayangkan keadaan abah, hanya mampu berdoa agar keadaaannya x seteruk mana. Selang bebarapa ketika, angah telefon bagitahu yang abah terpaksa dihantar ke hospital Terengganu setelah mendapat rawatan di hospital Dungun kerana urat jari tangan abah putus. Aku bertambah risau dengan keadaan abah.


Tanpa berlengah aku terus ke Greenwood mencari tiket untuk pulang ke Terengganu malam tu jugak..dengan harapan masih ada tiket untuk pulang. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih ada tiket untukku. Sepanjang perjalanan aku hanya mampu berdoa agar abah selamat.


Sepanjang perjalanan aku langsung x dapat nak lelapkan mata kerana angah bagitahu yang abah akan dioperate malam tu jugak. Tepat jam 4.00 pg adikku sms bagitahu yang abah dah selamat dioperate dan telah dibawa ke wad. Adikku jugak memberitahu yang ayahku sudah dibenarkan pulang cuma mungkin selepas subuh sebab abah masih tido selepas operation...


Aku yang pada mulanya ingin ke hospital bersama abangku yang ke3 hanya menunggu di rumah selepas diberitahu yang abah telah pun dibenarkan pulang. Sayu bila lihat keadaan abah dengan tangan yang berbalut, kaki yang x dapat banyak bergerak apatahlagi terpaksa dipapah untuk bangun...


Tapi, alhamdulillah...arini abah dah mampu untuk bergerak dan bangun sendiri, cuma masih belum mampu untuk melakukan banyak pergerakan. Syukur pada Allah yang menyembuhkan abah..


Apabila sesuatu terjadi, kadang2 barulah kita dapat menilai betapa berharganya ia sebelumnya..begitu juga kasih sayang, kadang2 kita lupa akan ia..tetapi apabila sesuatu terjadi, barulah kita sedar betapa bernilainya ia..betapa bernilainya kasih ibu bapa kepada anak begitu juga bernilainya kasih seorang anak kepada ibu bapa...dan kasih sahabat kepada sahabatnya..


Berbanyak terima kasih untuk sahabat2 yang banyak membantu dan bertanya khabar.. terima kasih buat zaid yang sudi menghantar aku ke Greenwood malam tu, thanx jugak buat nazli yang sudi menawarkan kereta untuk aku pulang malam tu..kepada yang bertanya khabar..jali,kak pijan,dudu dan yang lain terima kasih diucapkan...


Buat kawan2 yang ke kg. Teji ribuan kemaafan dipinta kerana x dapat bersama kalian di sana..kita merancang, Allah juga merancang.. tetapi sebaik2 perancangan adalah dari Allah. Itulah yang berlaku apabila sesuatu terjadi....


0 comments:

Post a Comment