Tuesday, December 22

Runtuh...Runtuh...Runtuh!


Runtuh lagi...itulah sebahagian berita yang terpapar di dada akhbar, isu ini juga yang menjadi tajuk perbualan aku dengan seorang ahli parlimen ketika terserempak dengan beliau di Jalan Pahang pagi tadi kerana ia bukan perkara baru tetapi satu lagi tragedi runtuhan yang berlaku di Terengganu, negeri kelahiranku..ini dah kali ke 4 berlakunya runtuhan struktur binaan kat negeri aku selepas bumbung Sekolah Menengah Ajil, diikuti bumbung Stadium Sultan Mizan dan bumbung Masjid Kg Putih, Kemaman dan yang terbaru semalam runtuhan yang melibatkan bahagian depan bumbung Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang.

Seakan ada sesuatu yang tidak kena bila ia berlaku di negeri Terengganu berulang kali. Seharusnya pihak yang berkenaan harus memikul tanggungjawab di atas kejadian ini dan membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan sekiranya benar berlaku penyelewengan seperti yang didakwa sebelum ini.

Memang benar kejadian runtuhan yang berlaku ini masih belum meragut nyawa, tapi sekiranya ia benar-benar terjadi selepas ini jangan nanti baru menunding jari sesama sendiri akibat tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.


Monday, December 21

Apabila Tayar Terhenti...

Pusingan tayar kadang-kadang bergerak laju, kadang-kadang ia terhenti...
Terhentinya ia kadang-kadang kerana sesuatu..
Sesuatu yang diduga ataupun tidak..

Berputarnya ia kerana membawa penumpang..
Terhentinya setelah tiba di destinasi atau kerana x mampu lagi untuk berputar..

Hehe..jangan pelik,ini bukan kelas sastera...tapi sekadar sedikit catitan peristiwa yang terjadi padaku dan rakan-rakan Sabtu lalu semasa perjalanan pulang dari menghadiri walimah di Perak.

Sekitar jam 3.30petang setibanya di suatu kawasan yang telah ku lupa namanya...kalu x silap area Tapah rasanya...tiba-tiba je tayar kereta yang aku naik bersama rakan-rakan, Jali,Heri & Herman pancit.

Pian yang memandu di belakang bersama Jiju,Keman, & Yusri turut berhenti. Muhyiddin yang dah terkedepan pun sempat U-turn balik tolong kami...Walaupun tayar ganti aku boleh guna tapi rupa-rupa dalam kereta aku tu x de jet tayar...tayar ada tapi xde peralatan...nasib baik dalam kereta pian dan che de ade...boleh jugak tukar tayar tu.kalu x mungkin terpaksa cari bengkel,tapi seakan mustahil kalu nak cari mekanik aritu...yelah hujung minggu mesti kedai pun tutup...

Tapi, alhamdulillah... kami dapat juga ganti tayar tu dengan bantuan rakan-rakan. kepada kawan-kawan yang membantu aritu...terima kasih banyak-banyak diucapkan..manisnya hidup bersahabat, saling tolong menolong bila memerlukan...thanx again.....

So, pesanan kat kawan-kawan yang ada kereta dan nak travel,pastikan kereta anda dalam keadaan terbaik baik dari segi tayar mahupun enjin...dan make sure jugak peralatan pun ada bila diperlukan, jangan jadi macam aku....lupa nak pastikan semua ada...sekadar nasihat untuk diri sendiri dan semua...

Sekitar hari kejadian